PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Bersama mengubah minda rakyat

Posted by paslipis on 9 May 2009

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, merangkap TYDP Lipis, Roslan Zainal berpendapat bahawa jentera pilihan raya PAS di Pahang adalah antara yang terbaik. Namun, perubahan atau `tsunami politik’ hanya berlaku di negeri di Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah tetapi tidak berlaku di Pahang dan beberapa negeri lain. Beliau berkeyakinan bahawa  faktor utama fenomena tersebut ialah rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat.

Di sebelah pantai barat, terutama di kawasan bandar, perumahan baru dan kawasan perindustrian, penduduk mudah memperolehi berita alternatif menerusi internet. Mereka boleh membandingkan maklumat yang diterima dari media milik atau pro kerajaan seperti RTM, Bernama & saluran media prima dengan pandangan pakatan rakyat menerusi berita on line, klip video ceramah, blog dan sebagainya. Setelah pertimbangan yang bijak dibuat, mereka telah bersedia melakukan perubahan dengan menolak Be End (BN).

Dalam meningkatkan magnitud sokongan terhadap Pakatan Rakyat, kita semua harus berperanan lebih aktif untuk menyampaikan maklumat terutama di kawasan kampung atau luar bandar.  Kita perlu mengubah minda rakyat bahawa bukan BN sahaja yang boleh memerintah Malaysia. Tambahan pula sebagai muslim, kita memperjuangkan terlaksananya sistem pemerintahan yang diredhai oleh Allah SWT. Selepas lebih 50 tahun merdeka, tuntutan agama belum kita langsaikan.

Perubahan iklim dan landskap politik yang lebih baik boleh direalisasikan jika berlaku perubahan di peringkat pusat atau kejayaan menukar kerajaan federal. Maka, usaha perlu digerakkan dari sekarang untuk mengubah minda rakyat di seluruh negara termasuk Pahang dengan menyemarakkan aktiviti penerangan. Ia bukanlah suatu yang mustahil tetapi menuntut setiap diri untuk berperanan. Tidak cukup sebagai pemerhati atau sekadar menunggu perubahan. Semoga Allah permudahkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: