PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Suatu pengajaran tentang perubahan

Posted by paslipis on 10 May 2009

Iceberg

 

 

 

 

 

 

 Perubahan dilaungkan di sana sini. Di kalangan ahli politik, mereka melaungkan `vote for change’. Sewaktu saya bertugas dengan syarikat Samsung, pihak pengurusan pernah mempromosikan slogan `change begins with me’ dan `change for success’. Dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi tulisan Victor S. L. Tan, yang diperolehi sewaktu menghadiri kursus `changing mind set’ suatu waktu dulu.

Cerita `suatu pengajaran tentang perubahan’ adalah berkaitan dengan insiden kapal mewah yang karam di tengah lautan. Titanic, kapal penumpang yang menjadi harapan ramai, pernah dianggap sebagai kapal paling selamat di dunia. Badan kapal itu sepanjang 850 kaki dengan 14 buah kompartmen kedap air. Beratnya 46,000 tan. Tiada siapa menyangka ia boleh karam. Kapal Titanic dianggap sangat kukuh dan mampu menghadapi apa jua keadaan di lautan.

Namun, kapal itu telah tenggelam, karam di dasar laut bersama-sama kapten dan 1,513 penumpang yang malang. Peristiwa kapal Titanic memberi pengajaran tentang perlunya perubahan dalam organisasi, pendekatan perjuangan, hatta kepada pegangan orang perseorangan. Bagi Victor S.L. Tan, peristiwa Titanic berpunca dari 3 kesilapan besar:

Kesilapan 1: Percaya akan kekebalan –  Setelah Titanic melanggar tepi bongkah ais (iceberg) yang tajam bercerancang, Kapten Ernest Smith sedikit pun tidak bimbang, meskipun dia sedar bahagian badan kapal itu telah merekah. Malahan, para pegawainya bersorak dengan gembira kerana kapal itu dapat melepasi iceberg. Apa yang mereka tidak sedar ialah air sedang mengalir masuk melalui rekahan sepanjang 300 kaki. Kesudahannya, kapal itu tenggelam di Lautan Atlantik.

Kesilapan ke 2: Mengambil ringan ancaman persekitaran – Seramai 2,300 orang penumpang berada di dalam kapal, tetapi terdapat hanya 16 buah bot penyelamat untuk 1,250 orang sahaja, walhal kapal itu boleh dilengkapi dengan 48 buah bot penyelamat. Meskipun laporan tentang wujudnya iceberg di sekitar perairan yang akan dilalui diterima, kapten tidak mengarahkan supaya kelajuan kapal dikurangkan atau bertukar haluan. Isyarat wireless yang menunjukkan kapal itu sedang bergerak dengan kelajuan 22 knot sejam menuju ke arah iceberg, sedikitpun tidak dihiraukan.

Kesilapan ke 3: Sudah terhantuk baru tengadah – Menurut laporan, perlanggaran berlaku tepat pada pukul 11.40 malam. Selama 25 minit berikutnya, tiada apa yang dilakukan. Hanya sejurus 5 minit selepas waktu tengah malam, barulah arahan untuk mengeluarkan bot-bot penyelamat diberi. Tetapi ia telah terlambat…

Demikianlah secebis kisah tentang perlunya PERUBAHAN. Kita sebagai individu juga perlu berubah. Apatah lagi Islam mengajar supaya `hari ini lebih baik berbanding semalam dan esok lebih baik berbanding dengan hari ini’. Kerajaan juga boleh berubah. Maka marilah kita bersam-sama melakukan perubahan ke arah sesuatu yang diredhai Allah swt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: