PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

Dari harimau kepada hari-hari mau

Posted by paslipis on 19 May 2009

Saya lahir selepas merdeka. Tidak sempat era penjajahan Inggeris. Begitu juga zaman pendudukan Jepun dan Bintang 3. Penampar Jepun dikatakan banyak kali hinggap di muka warga Tanah Melayu. Jeneral Yamashita digelar harimau. Mungkin nak gambarkan keganasan askar negara matahari terbit tersebut. Penjajah termasuk orang Jepun dibenci sewaktu Perang Dunia ke 2.

Selepas merdeka, Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara yang pernah menaklukinya. Dengan Inggeris, negara kita masih guna-pakai pelembagaan yang dirintis oleh Lord Reid. Tak mahu tukar. Dengan Jepun, PM yang lalu melancarkan dasar pandang ke timur. Banyak produk Jepun menjadi kesukaan rakyat kita. Bertukarlah dari `harimau’ kepada hari-hari mau. Kualiti barangan Jepun menjadi kebanggaan dan pilihan orang Malaysia. Saya sendiri banyak membeli produk jenama Jepun. Bukan hanya selipar Jepun. Laptop yang sedang saya gunakan ini pun berjenama Toshiba. Sudah berubah pandangan generasi kini terhadap orang Jepun. Kisah ini boleh juga menjadi dorongan kepada ahli jamaah PAS di Lipis. Kita boleh menukar citarasa dan perspektif rakyat dari memuja umno kepada mesra perjuangan Islam bersama PAS. Walaupun kini PAS dilabelkan dengan pelbagai oleh orang umno totok.

Dasar Pandang Ke Timur sebagai wasilah telah memberi peluang kepada saya menyertai `The friendship programme for the 21st Century, Asean-Japan’. Bukan sekadar dapat makan tempura dan soba serta dapat menaiki bullet train dengan halaju biasa 280 km/jam. Tetapi, dapat belajar budaya yang baik dari orang Jepun. Orang Jepun adalah berdisiplin dalam kehidupan seharian. Ramai yang membaca ketika berada dalam keretapi. Amalan kebersihan mereka amat menakjubkan. Tidak hairanlah program 5S (sisih, susun, sapu, seragam & sentiasa amal) dipraktikkan di serata dunia. Ketika saya melawat pasar basah di Nagano, tak perlu kita lipat kaki seluar. Lantainya kering dan bersih.

Kami dibawa melawat empangan Kurobe dan bermain salji kali pertama dalam sejarah hidup. Dari puncak gunung, kami turun menggunakan sub way menaiki commuter. Ramai yang masuk toilet kerana sejuk. Air `flush’ tak cukup kerana ramai yang menggunakannya. Yang saya terkedu dengan amalan kebersihan mereka, driver bas yang kami naiki menunggu sehingga tangki flush penuh. Dia sendiri yang flush sekali lagi untuk pastikan bilik air tersebut bersih. Itu tandas awam, bukan tandas rumahnya. Mereka bukan Islam tetapi amalkan kebersihan yang diajar oleh agama kita sebagai sebahagian daripada iman.

Pengalaman bekerja dengan syarikat Jepun, memberi faham erti etika kerja dan kesungguhan. Juga konsep kaizen iaitu sentiasa melakukan penambahbaikan. Pengurusan masa mereka juga cemerlang. Tiada istilah janji Jepun dalam soal menjaga masa. Tokoh politik orang Jepun juga lazimnya meletakkan jawatan jika terlibat dengan rasuah. Di negara kita ni, tokoh politik liat untuk berbuat demikian. Yang tak patut kita contohi dari orang Jepun (nipon-jin) ialah tabiah suka minum arak yang dikenali sebagai sake. Juga, usah contohi sikap frust menonggeng yang membawa kepada sanggup untuk tamatkan riwayat hidup. Bagi kita orang Islam, peganglah konsep qada’ dan qadar. Usaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: