PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

JASA dan propaganda umno

Posted by paslipis on 20 May 2009

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) adalah agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Namun, ia seakan-akan agensi penerangan parti pemerintah (umno/bn). Di Lipis, saya ada menghadiri beberapa program JASA. Di Dewan Jubli Perak Lipis, pegawai JASA datang menerangkan Islam Hadhari (era Pak Lah). Antara yang saya masih ingat, pegawai yang berceramah meminta pendengar supaya tak usahlah pertikai istilah Islam Hadhari atau Hadharah Islamiyyah kerana itu perkara kecil sahaja. Yang penting, umat Islam maju dan dipandang tinggi oleh orang lain. Kini Pak Lah dah undur dan Islam hadhari nampaknya berkubur.

Menjelang PRU 12, datang juga pegawai JASA anjurkan ceramah di masjid. Sebagai ahli jamaah, saya turut sama menadah telinga. Tajuk ceramah ialah `Sayang Di Sayang’. Maka berceritalah penceramah. Katanya, jika kita memandikan mayat, jangan ceritakan keburukan mayat tersebut kepada orang lain sekiranya ternampak aib sewaktu kerja-kerja memandikan jenazah. Islam melarangnya. Ulas penceramah lagi, jika orang mati pun dilarang sebut keburukannya, bagaimana pula dengan orang yang masih hidup ? Propaganda yang nak disampaikan ialah menolak parti politik yang dikatakan selalu memburuk-burukkan kerajaan sekarang semasa berkempen atau berceramah.

Dalam Berita Harian 20 Mei 2009, pegawai JASA juga menulis seumpamanya pegawai penerangan umno. “Terdidikah nafsu politik Nizar melalui tarbiyyah PAS”, begitulah tajuknya. Beliau adalah Ketua Unit Komunikasi Media JASA.  Maka dilemparkan beberapa tuduhan terhadap YAB Nizar. Antara tuduhan tersebut, Nizar gagal menerima hakikat bahawa PR telah kehilangan majoriti di DUN berpandukan sifir 28 lawan 28 + 3. Penulis tersebut turut menulis bahawa antara tanda seseorang itu cintakan dunia ialah ia terlalu kuat merindui untuk menjadi pemimpin atau penguasa. Ayob juga menuduh bahawa Nizar hendak meraih populariti supaya dipilih sebagai Naib Presiden dalam pemilihan parti. Kata Ayob, itu semua agenda peribadi yang tidak selari dengan prinsip perjuangan Islam.

Begitulah JASA yang cuba berjasa kepada kerajaan sekarang. Kalau betul JASA komited dengan ajaran Islam, perbetulkan dulu pemimpin kerajaan yang sedang memerintah. Rakyat akan mengikut agama pemimpin. Bagaimana rakyat nak dibawa menuju jalan yang lurus, sedangkan pemimpim negara mengajar seperti seekor ketam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: