PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

1 Malaysia mengikut pandangan 2 YB

Posted by paslipis on 21 May 2009

YB 1: Abdul Rahman Mohamed (Umno – Padang Tengku), seperti yang dilaporkan oleh Utusan:

KUALA LIPIS 11 Mei – Belia diingatkan tidak terpengaruh dengan usaha segelintir pengendali blog yang cuba mengeliru dan memutarbelitkan konsep Satu Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamed, berkata, usaha jahat itu amat berbahaya bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia selain ia jelas bermotif politik.

”Ramai bloggers mengemukakan pandangan yang kadangkala berunsur negatif dan mengelirukan, ini mampu menggugat kefahaman rakyat terutama belia terhadap konsep Satu Malaysia.

Menurut Abdul Rahman, konsep Satu Malaysia diperkenalkan kepada rakyat sebagai strategi baru kerajaan untuk mengeratkan hubungan kaum dalam jangka masa panjang.

YB 2: Dato’ Mahfuz Omar (PAS – Pokok Sena ) seperti yang dilaporkan oleh Harakah:

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) – Penindasan sesama Umno sehingga menyebabkan ramai yang bertindak keluar dari parti itu adalah bukti awal yang jelas tentang kegagalan hasil mengelamun Perdana Menteri yang diriuh-riuhkan sebagai konsep Satu Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar. “Dalam Umno pun (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) gagal mewujudkan Satu Umno, tidak perlu cakaplah tentang Satu Malaysia,” katanya mengulas tindakan ahli-ahli Umno di Perlis yang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai menyertai pembangkang.

Dengan apa yang berlaku itu, Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa rakyat segera sedar tentang sifat sebenar Umno.

“Sesama Umno, sesama Melayu pun ditindas, dipecat dan dizalimi, tidak ada lagi keadilan yang boleh diharapkan dari Umno yang kelihatan semakin bersungguh-sungguh mempelopori penindasan ke atas sesiapa sahaja yang tidak disukainya,” kata beliau.

Mahfuz mengalu-alukan kebijaksanaan ahli-ahli Umno yang keluar dari parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).

“Dengan penuh ketulusan kita menghulurkan tangan kepada mereka dan saya yakin tindakan mereka itu pasti mengukuhkan lagi tali silaturrahim antara sesama umat Islam dan rakyat Malaysia,” kata beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: