PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

SB dan kerahsiaan dalam perjuangan

Posted by paslipis on 22 May 2009

Polis Cawangan Khas (SB), Unit Simpanan Persekutuan (FRU), trafik, forensik, siasatan jenayah adalah kakitangan kerajaan. Mereka digajikan untuk menjamin keselamatan rakyat. Rakyat membayar cukai kepada kerajaan dan sebahagian wang itu digunakan sebagai imbuhan bulanan mereka.

PAS adalah parti yang berjuang secara aman (muwajahah silmiyyah) mengikut lunas-lunas demokrasi. Dalam ceramah, pengerusi majlis lazimnya mengalu-alukan kehadiran semua hadirin termasuk polis. Namun, dalam banyak kes, pihak keselamatan seperti SB dilihat condong kepada parti pemerintah (walaupun kini PR juga memerintah di beberapa negeri).

Semasa dalam perjalanan pulang menghadiri program parti di Jerantut, seorang sahabat  melahirkan kebimbangan tentang SB yang berdampingan rapat dengan pimpinan PAS di Lipis. Saya cuma mendengar kerana tiada maklumat. Namun, perkembangan terbaru mendorong saya untuk berbicara tentang SB dan soal menjaga rahsia-rahsia perjuangan parti.

Saya telah diminta untuk mengaktifkan blog ini semenjak awal bulan Mei. Hebatnya polis dan SB, mereka menjadi antara yang terawal membuat komen di blog ini selepas diaktifkan. Nampaknya SB begitu menekuni gerak kerja parti politik. Tidak hairanlah, jika blog pahangdaily tertera peringatan bahawa blog tersebut sedang diawasi.

Pengalaman lalu memberitahu saya bahawa SB begitu tekun mencari maklumat dan melaporkan kepada pihak yang mengarahkan mereka. Sewaktu kemelut dua imam di Besut pada tahun 1980-an, ayah saya memberitahu bahawa setiap kali Jumaat, SB akan merakam khutbah. Ketika saya terlibat dengan Persatuan Mahasiswa di kampus, emak saya memberitahu bahawa ada SB datang ke rumah dan bertanya sesuatu tentang pergerakan saya.

Pada 14 Februari 2009, saya menitiskan air mata sewaktu Pn Laila (isteri tahanan ISA) yang bercerita tentang penderitaan yang ditanggungnya. Katanya, beliau amat tertekan kerana ahli keluarga di kelilingi oleh SB dan hubungan dengan sanak saudara menjadi renggang kerana hasutan pihak tertentu yang memburuk-burukkan suaminya. Belilah buku `Dunia Tanpa Suami’ untuk menyelami penderitaan tersebut.

Dalam majlis yang sama, YB Shaari Sungib menyifatkan bahawa SB di negara ini adalah `political police’. Pengalaman beliau bersama SB dan ditahan ISA menyimpulkan bahawa jangan sekali-kali percayakan SB (never trust SB). Mereka boleh membawa pelbagai watak untuk mendapatkan maklumat yang diarahkan.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW telah mengajar kita semua kepentingan menjaga kerahsiaan. Misi keluar dari kepungan maut Quraisy dan berjaya sampai ke Madinah dilalui dengan penuh strategi dan bermaklumat. Saidina Abu Bakar sendiri menyuruh anaknya Abdullah mengintip apakah yang diperkatakan tentang Muhammad SAW oleh Quraisy di siang hari dan melaporkan segala-galanya kepada beliau di waktu senja.  Beliau juga menyuruh orang suruhannya, Amir bin Fuhairah membawa kambing ternakan ke pintu Gua Thur untuk membekalkan susu dan menghilangkan kesan-kesan tapak kaki.

Perjuangan Islam perlu diteruskan. Halangan dan tribulasi adalah sunnah perjuangan. Amanah sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi mesti dilunaskan. Sesungguhnya penderitaan di dunia ini terlalu kecil dan kita mengharapkan rahmat Allah untuk menghuni syurga di negeri yang kekal abadi. Setiap amal usaha ada pertimbangan dosa-pahala. Termasuklah bertugas sebagai SB.

One Response to “SB dan kerahsiaan dalam perjuangan”

  1. QH said

    never and ever to trust SB..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: