PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Sambutan 25 tahun kepimpinan ulama’

Posted by paslipis on 25 May 2009

Pada 28 Jamadil Awal 1430/23 Mei 2009, seawal jam 6.00 pagi kami bergerak menuju ke Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Kuala Lumpur. Turut serta ialah YDP, mantan YDP dan Ketua Urusan Ulama’. Kami menghadiri Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama’.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tn Guru Dato’ Nik Abdul Aziz dan diikuti dengan Ucap Utama oleh Dato’ Dr. Haron Din, bertemakan `Memperkukuh Kepimpinan Ulama’. Selepas persembahan multimedia, Dato’ Hj. Mustaffa Ali dan Tn. Hj. Subky Latif telah menyampaikan pengkesahan sejarah 25 tahun kepimpinan ulama’ PAS.

Tiga kertas kerja dibentang dan diulas oleh panel jemputan. Kertas kerja 1 bertajuk `Sumbangan dan Pengorbanan Ulama’ dalam PAS’ oleh Ust. Hassan Syukri. Diikuti dengan kertas kerja kedua berjudul `Ulama’ Tonggak Kepimpinan PAS’ oleh Dato’ Abd. Halim Abd. Rahman.

Kertas kerja terakhir disampaikan oleh Dato’ Harun Taib, bertajuk `Kepimpinan Ulama’: Cabaran dan Masa Depan”. Kemuncak majlis ialah penganugerahan Tokoh Kepimpinan Ulama kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz; pakar pengurusan organisasi PAS, Ust. Hassan Syukri; Pengarah Pilihanraya, Dato’ Hj Mustaffa Ali dan pembentang usul kepimpinan ulama’ semasa Muktamar 1982, Tn Hj. Subky Latif.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Presiden, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Turut dilancarkan pada hari tersebut ialah buku kompilasi `25 Tahun Kepimpinan Ulama’. Penyumbang utama karya ialah Ust. Idris Ahmad berdasarkan tesis PhD beliau.

Bagi Mursyidul Am, kepimpinan ulama’ yang bermula secara rasmi dalam PAS pada tahun 1982 telah mempengaruhi cara bekerja, cara berpakaian yang Islamik dan membina etika yang menekankan aspek-aspek ubudiyyah, masuliyyah dan itqan (berkualiti dan professional). Presiden PAS pula menyifatkan bahawa PAS ditubuhkan hasil kesedaran untuk mendaulatkan Islam dengan pelopori oleh ulama’. Di antara pengasasnya ialah Tn Guru Hj Ahmad Fuad Hassan, Tn Guru Hj Hussin Che Dol, Tn Guru Hj Ahmad Tuan Hussin, Tn Guru Hj Muhammad Ghazali, Tn Hj Abdullah Abbas Nasution dan Hj Ahmad Maliki.

Sejarah juga membuktikan bahawa kemenangan pertama calon PAS dalam pilihanraya Persekutuan 1955 diperolehi oleh calon ulama’ iaitu Tn. Guru Hj. Ahmad Tuan Hussin. Namun, pengukuhan PAS adalah hasil gembeling tenaga di antara ulama, professional dan aktivis parti.

One Response to “Sambutan 25 tahun kepimpinan ulama’”

  1. baco yo..!

    Patutlah yahudi berkata kepada pemuda islam di palestin..”selagi solat subuh umat islam tidak seperti solat jumaat, jangan harap kamu akan dapat menewaskan kami !

    fikir yo…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: