PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

BN mengintai peluang di Manek Urai

Posted by paslipis on 30 May 2009

Sudah beberapa hari blog ini tidak poskan kiriman baru. Nasib baiklah terdapat beberapa komen baru diterima dari pengunjung. Terima kasih kerana tidak membiarkan blog ini sepi. Pada awal minggu, saya berada di Terengganu. Walaupun negeri itu diperintah oleh BN, kemajuan tidaklah seberapa. Saya tak dapat akses internet menerusi `portable broadband’ kerana liputan yang lemah. Pada hujung minggu pula, saya berada di Kuala Lumpur dan aktiviti tamat sehingga lewat malam.

Semasa saya di KLCC, saya mengambil akhbar The Sun yang diedarkan secara percuma. Ada satu artikel yang menarik minat saya dan ada kaitan dengan tulisan saya sebelum ini mengenai perebutan kerusi di DUN Manek Urai. Artikel yang berjudul `People come first, always’ ditulis oleh Terence Fernandez dalam kolum tetapnya `Down2Earth’.

Saya menekuni tulisan Terence yang bertugas sebagai timbalan editor (laporan khas dan siasatan) akhbar The Sun. Saya meneliti tulisan beliau semasa berada dalam LRT untuk perjalanan dari Stesen Putra ke Bandar Tasik Selatan (saya mengunjungi pemeran buku READ Malaysia di Mines Exibition & Convention Center yang bermula 29 Mei – 7 Jun 2009).

Menurut Terence, beliau telah ke Manek Urai sejak seminggu lepas. Waktu itu, SPR belum lagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi. Nampaknya banyak pihak yang berminat membuat tinjauan dan ramalan terhadap pilihan raya kecil ini termasuk akhbar The Sun. Sepanjang pengetahuan saya, akhbar ini tidak diedarkan di Lipis dan Manek Urai. Tetapi petugas media dihantar ke sana untuk mendapatkan berita.

Rumusan Terence mengenai selera pengundi, calon anak tempatan yang mesra dengan rakyat akan menjadi pilihan untuk menang. Beliau menulis: “As far as the voters are concerned, said a SB Officer, they would rather a candidate was from the constituency irrespective of which party he came from – as long as they are fimiliar with him”.

Terence juga memberikan pandangan bahawa pilihan raya kecil itu nanti memberi peluang kepada rakyat mendapat perhatian dan habuan. Rumah boleh disewa sehingga mencecah RM3000 sepanjang tempoh berkempen. Peniaga kedai makan telah menerima `tender’ membekalkan makanan kepada petugas parti. Mengenai perhatian berganda, beliau menulis: “Government departments are also working over time, getting themselves prepared – not so much as to serve the rakyat but to attend to the VIPs who will be helicoptered down to woo voters”.

Menurut laporan berita online pada hari ini, Tok Pa yang disifatkan sebagai `Mr Clean’ dan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil, meminta semua pihak supaya tidak memperkecilkan kekuatan Bn di Manek Urai. Ya, Bn memang bersungguh-sungguh untuk menang. Namun, seperti kata YB Mohd Amar, Pakatan Rakyat perlu mempertahankan kerusi tersebut daripada dirampas. Lawan tetap lawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: