PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

BN pupus di Lipis ?

Posted by paslipis on 31 May 2009

Kini ramai penduduk Lipis yang merungut. Perlantikan PM baru yang merupakan anak kelahiran daerah ini belum menampakkan perubahan yang dikehendaki oleh orang ramai. Slogan rakyat didahulukan belum berpijak di bumi nyata. Mereka merungut tentang sukar untuk mendapatkan `khidmat BN’.

Saya membuat beberapa tinjauan untuk menyelami kesusahan rakyat. Saya bertemu dengan seorang peniaga yang sudah lama menjalankan kedai runcit di Padang Tengku. “BN dah tak ada lagi sekarang”, jelas beliau. Kemudian, saya ke Kampung Bapong yang sebelum ini merupakan `kubu BN’. Mak cik yang mengusahakan perniagaan sejak sekian lama juga mengesahkan bahawa BN dah hilang.  Bagi mak cik ini, sepatutnya BN lebih banyak selepas Najib menerajui negara.

Kemudian, saya terus ke kedai Mesra Petronas di bandar Lipis. Selalunya mudah berjumpa dengan BN di sana. Semacam dilanda musibah, BN juga tiada di situ. Di Pasaraya Aktif pun tiada. Ke mana menghilang BN ? Semasa nak ke Manek Urai, saya singgah makan nasi kerabu berlauk ayam bakar di bandar lama Gua Musang. Yang saya agak terkejuk ialah banyaknya BN di bandar ini.

BN yang saya maksudkan ialah jenama beras 15% hancur iaitu Beras Nasional. Dalam kegawatan ekonomi sekarang, rakyat sepatutnya diberikan pilihan untuk membeli beras mengikut kemampuan mereka. Yang kaya, boleh membeli beras bergred tinggi dengan kadar kehancuran 5%. Yang berpendapatan sederhana, boleh memilih untuk membeli beras 10% hancur. Bagi golongan bawahan, tentulah beras 15% hancur menjadi pilihan.

Beras 15% hancur di akhir era Pak Lah dijual dengan harga RM17 sekampit (10 kg). Walaupun harganya boleh dinaikkan mengikut zon tertentu seperti yang tertera pada plastik pembungkus. Kemudian, naik RM18 sekampit. Di Gua Musang, harganya kini RM18.50. Dari pemerhatian saya, kualiti beras itu juga semakin rendah sejak akhir-akhir ini.

Menteri yang menjaga hak pengguna adalah orang Pahang. Mewakili penduduk yang berpendapatan rendah, kami memohon supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna bekerjasama dengan agensi yang berkenaan untuk memastikan beras 15% hancur mencukupi di kawasan Lipis dan tempat-tempat lain. Usah naikkan amarah rakyat sehingga mereka bertindak memberikan pukulan KO kepada kerajaan Be End dan terus pupus.

One Response to “BN pupus di Lipis ?”

  1. 愛知県安城市 歯科衛生士 転職 求人

    BN pupus di Lipis ? « PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: