PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Di sebalik timbunan bijih emas di Lipis

Posted by paslipis on 31 May 2009

Bersama dengan Pengerusi Majlis Nuqaba’ MTD Padang Tengku dan mantan YDP PAS Kawasan Lipis, saya berkesempatan menziarahi ahli-ahli di Cawangan Kg. Petola/Tain. Sebelum majlis beramah mesra dimulakan, saya sempat berbual dengan Pak Long Omar dari Kg. Dada Kering. Saya bertanya, asal usul nama kampung tersebut. Pak Long menjelaskan susur galur nama itu dengan aktiviti melombong emas di Dada Kering suatu waktu dahulu.

Saya agak tertarik dengan kekayaan hasil bumi di Lipis. Selain Kg. Dada Kering, perlombongan emas juga pernah dijalankan di Kg. Kechau Mas, bersebelahan Kg. Kechor Tui. Kini, terdapat banyak tinggalan lombong di situ. Allah menganugerahkan begitu banyak emas di Lipis. Sehingga kini, perlombongan emas masih dijalankan di Penjom. Terbaru, saya difahamkan bahawa syarikat Monument Gold Mining memulakan perlombongan emas berdekatan dengan Kuala Medang.

Yang agak misteri ialah Lipis tidak maju sebagaimana tempat-tempat lain yang kaya dengan hasil bumi. Di Kuala Lumpur dan sekitar MINES Resort, kawasan bekas lombong itu begitu pesat membangun. Di Perak yang kaya dengan bijih timah juga sangat maju. Kenapa Lipis masih terkebelakang ?

Mengikut sejarah, sebelum British datang ke Lipis pada tahun 1887, Lipis sudah terkenal dengan perlombongan emas. Penjajah Inggeris berusaha gigih untuk campur tangan di Pahang bagi membolot emas tersebut. Seawal tahun 1886, Frank Swettenham dan Federick Weld yang merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat cuba memujuk Sultan Ahmad supaya menerima Residen British. Tapi tak berjaya.

British kemudiannya mendapat bantuan daripada Sultan Abu Bakar di Johor untuk memujuk Sultan Ahmad. Dengan kesungguhan itu, Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang. Pada tahun 1988, kematian seorang warganegara British berbangsa Cina bernama Go Hui telah diambil kesempatan oleh Inggeris untuk memaksa Sultan Pahang menerima seorang Residen dan terlantiklah J.P. Rodger sebagai Residen yang pertama di negeri ini (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu).

Berterusanlah untuk sekian lama, penjajah barat mengaut hasil bumi yang berupa emas di Lipis. Namun, emas tersebut tidak habis dan generasi baru sehingga kini masih lagi boleh bekerja di lombong emas di Penjom. Namun, Lipis sekadar menjadi bandar bersejarah. Kekayaan hasil buminya tidak membawa kepada perubahan ketara status ekonomi penduduk. Malah, pembandaran di Lipis juga agak perlahan. Siapakah sebenarnya yang mengaut keuntungan besar hasil dari perlombongan emas di Lipis ? Persoalan ini perlu dicarikan jawapan….

5 Responses to “Di sebalik timbunan bijih emas di Lipis”

  1. Saya tertarik catatan lawatan diulu Lipis, tahukah saudara kenapa Lembah Bama mundur masa penjajahan British ialah kerana dia telah tahu inilah Pusat Perdagangan Asia Tenggara yang terbesar diAbad ke3 masihi,buku saya mengupas segalanya Malahan moyot saya Datuk Linggi atau Sultan Ahmad yang ditabalkan sebagai Sultan Riau-Lingga-Johor telah dimakam diLembah bama (Kg Relong) lihat bolg saya Sungaibatuderelong, dengan membuat carian digoogle.Anda mungkin tahun Aki saya Tok pawang Ibrahim pengasas PAS Relong dan Pakangah Hashim asalnya orang Pas nasuk UMNO dan kemudian menjadi wakil rakyat.Aki saya juga Tokguru Hj Uda ayah kepada Ustaz Idris adalah pengasas sekolah pondok Kg Relong. Sejarah Kg Relong saya buktikan sebagai pusat kesasasteraan dan kebudayaan Lembah Bama, jadi baik orang Pas atau UMNO kena tahun sejarah ini untuk membina ulu Lipis yang ketinggalan sekarang.Emas telah dijumpai dibama,diceruk membebek,Teha,dicematu sejak dahulu.Ulu Lipis adalah adalah Lembah Emas,sebab itu H.Clifford tidak mahu memajukannya.Sekian selamat berjuang.Ayah saya menuntut disekolah pondok pasir mas kelantan dan ramai diantara mereka menjadi mufti dahulu.

    Dr Aminudin

  2. Heri said

    Lombong sulah manyak,ttp pa yg ada d lipis??????…….bandar@pekan cowboy?…bandar br pn tk mcm bndar…….apa pn tarak……mn smua WANG rakyat sulah prg???????…….

  3. WOW just what I was searching for. Came here by searching for auto loan financial calculator

  4. Whether enjoying a little league, high school, college or major league baseball game, fans should remember these important items before leaving for the ballpark.

    Samsung M620 Black mobile is just big enough to
    display four icons side by side and measures only 1.
    There are a lot of options in mobile phones available on the market
    today.

  5. trovare lavoro in Australia

    Di sebalik timbunan bijih emas di Lipis « PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: