PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

Tanpa Bn, pilihan raya sangat aman

Posted by paslipis on 2 June 2009

Bersama YDP, kami menginap di Hotel Wali, bandar Chukai. Ada urusan penting di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), cawangan Timur yang terletak di Taman Chukai Utama. Sementara menunggu azan Subuh, saya sempat meneliti berita-berita yang tertera di akhbar yang berada di lobi hotel.

Berita pilihan yang saya nak kongsi bertajuk `Pilihan raya kecil paling aman’. Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob sempena PRK Penanti. Sewaktu ditanya oleh pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam, Datuk Ayub berkata: “Keadaan aman dan terkawal dan ini adalah PR kecil paling aman”.

Terang lagi bersuluh. Keadaan tegang semasa pilihan raya adalah angkara provokasi Be End. Tanpa ugutan dan tekanan mereka, rakyat dapat melaksanakan tugas sebagai pemilih dengan lancar. Polis sendiri tidak perlu berkampung dengan jumlah yang luar biasa. Mereka boleh jaga keselamatan di kawasan kerja masing-masing. Juga, duit rakyat tak habis berjuta ringgit.

Jika polis dah buat peristiharan bahawa PR kecil aman tanpa kehadiran Be End, maka fahamlah kita siapa sebenarnya yang mencetuskan ketegangan. Usah lagi menuduh Pakatan Rakyat yang cetuskan suasana panas sepanjang berkempen dan merayu undi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: