PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

1 Malaysia Yang Gempar

Posted by paslipis on 4 June 2009

Ia bukan lagi slogan. Bukan impian, tetapi suatu kenyataan. Malaysia memang satu dan 1 Malaysia kini gempar dengan pencapaian yang luar biasa. Terbaru, 1 Malaysia gempar apabila dikejutkan dengan kejadian bumbung stadium di Gong Badak runtuh. Stadium yang menggunakan wang rakyat sebanyak RM292 juta dan baru dirasmikan pada 10 Mei 2008 runtuh 50% bumbungnya.

Mengikut rekod, ia mula dibina pada tahun 2005 semasa dinasti Idris Jusoh (merampas kerajaan Islam Terengganu). Dinasti itu berazam untuk memahat sejarah dengan memberikan pembangunan yang tidak pernah dilihat oleh rakyat. Nah !, kini memang memahat sejarah apabila sebuah bangunan stadium yang canggih runtuh dalam keadaan bayu Laut China Selatan bertiup sepoi-sepoi bahasa. Piramid di Mesir tersenyum melihat kualiti binaan abad 21.

1 Malaysia turut terkejut melihat gambar lelaki yang dipasang rantai pada leher. Ia bukanlah peristiwa di kem tahanan politik. Memang di kem tahanan politik berlaku penyiksaan seperti yang ditulis oleh bekas-bekas tahanan seperti YB Shaari Sungib, Shuhaimi Said dan Dr Syed Hussin Ali. Tapi gambar ini merupakan tahanan dalam rumah kedai di Selangor. Mereka adalah mangsa ah long. Asalnya nak menolong, akhirnya melolong.

Rakyat 1 Malaysia kini mengharapkan pertolongan terus dari Yang Maha Pencipta. Musibah apakah yang sedang menimpa kami di bumi. Kami berada di dalam ketakutan. Di jalanan ada samseng dan peragut. Hantar anak ke sekolah, makmal komputer runtuh. Pergi ke pejabat kerajaan, siling runtuh. Balik ke rumah, pencuri memecah masuk. Pergi ke tempat kerja, kilang pula tutup. Ya Allah, bantulah kami 1 Malaysia. Turunlah rahmat dari sisi-Mu walaupun tugas sebagai khalifah belum kami sempurnakan sepenuhnya. Amin ! Ya Rabbal ‘Alamin….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: