PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Bersolat di negeri maju

Posted by paslipis on 6 June 2009

Sempena muktamar PAS ke 55 dari 5 – 7 Jun 2009, kami menginap di Seksyen 13, Shah Alam. Pada keheningan pagi 5 Jun, kami berjalan kaki menuju ke Surau Munawwarah pada jam 5.30 pagi. Sudah ramai ahli jamaah yang sedang menunggu azan subuh. Terdapat ramai juga musafir lain yang menjadikan surau tersebut sebagai tempat berehat (tidur). Saya dapati ada yang tidak menjaga adab-adab tidur di rumah Allah. Alas tidak digunakan dan mereka tidur tanpa berbaju di atas karpet surau. Saya sempat mengejutkan beberapa orang yang masih belum terjaga.

Surau Munawwarah telah dinaikkan taraf menjadi tempat mendirikan solat Jumaat. Dewan solat utama dilengkapi dengan penghawa dingin. Pagi itu, imam membacakan surah as-Sajadah. Dalam tempoh solat Subuh yang panjang tersebut, 3 kali konsentrasi solat terganggu dengan deringan panggilan telefon bimbit. Papan tanda matikan handphone tertera jelas. Namun, kenapakah mereka ini tidak boleh tinggalkan sejenak handphone sewaktu mengadap Ilahi ?

Kemudiannya, kami ke Stadium Malawati untuk mengikuti Ucapan Dasar dan perasmian Muktamar ke 55. Saya agak kagum dengan kemampuan Tuan Guru Presiden yang menyampaikan ucapan dasar selama 1 jam 20 minit yang bertema Islam Memimpin Perubahan. Satu tempoh yang agak lama dan beliau mampu sempurnakan ucapan tersebut dengan penuh bersemangat.

Kami kembali semula ke Surau Munawwarah untuk Solat Jumaat. Jemaah yang hadir melimpah ruah. Sehinggakan air tidak mencukupi terutama di tandas dan tempat wudhuk. Dalam keterbatasan itu, kami teruja dengan khutbah yang disampaikan sendiri oleh Exco Kanan Kerajaan Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali. Intipati penting khutbah ialah mengajak semua yang hadir supaya mencintai Allah, Rasul dan Berjihad melebihi kecintaan yang lain seperti kecintaan terhadap keluarga, harta dan lain-lain.

Selepas sesi petang muktamar, kami bergerak ke Seksyen 7 pada jam 6.30 petang. Badan Perhubungan PAS Selangor mengadakan majlis makan malam di kediaman rasmi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dalam perjalanan itu, kereta kami hampir dilanggar oleh sebuah kereta lain di sebuah roundabout. Syukur, Allah selamatkan kami. Kami tiba beberapa minit sebelum azan Maghrib. Kami bersolat Maghrib Isyak di surau yang turut dibina di kediaman rasmi tersebut. Surau itu juga berhawa dingin.

Kediaman rasmi Menteri Besar terletak di atas bukit. Kami boleh memandang panorama bandaraya Shah Alam. Kemudiannya, kami masuk ke Dewan Megawati, tempat jamuan diadakan. Tan Sri Khalid bermurah hati menyediakan makan malam berlauk daging rusa. Semasa ucapan aluan, Timbalan Presiden berseloroh bahawa sebelum ini kecoh semasa Tan Sri agihkan lembu korban. Harapnya, daging rusa yang dihidangkan kepada perwakilan muktamar tidak menjadi isu politik.

Di negeri maju seperti Selangor, kemudahan solat yang disediakan adalah bertaraf 5 bintang. Namun, usaha perlu digerakkan supaya surau dan masjid diimarahkan. Semua perlu memainkan peranan dalam usaha menyedarkan penduduk di negeri maju ini dan juga di tempat lain supaya rumah Allah sentiasa makmur dan ramai para jamaahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: