PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Selamat Jalan Saudaraku Hj. Abu Hassan

Posted by paslipis on 18 June 2009

AbuHassanJenazah almarhum Hj. Abu Hassan Mohamed (1952-2009) telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Relong, Kuala Lipis pada 11.30 pagi (18. 06. 09).  Tazkirah dan talkin telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau mengingatkan semua yang hadir bahawa kematian bukanlah kesudahan penghidupan. Ia merupakan satu proses perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh.

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim juga meminta kepada semua yang hadir supaya mengambil iktibar bahawa jasad setiap kita juga akan dikebumikan pada suatu hari nanti. Maka, kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi saat tersebut dengan melakukan amal soleh.

Terdahulu, jenazah telah disembahyangkan di rumah almarhum Hj. Abu Hassan pada pukul 10.30 pagi, yang diimamkan oleh Ketua Urusan Ulama’, Ustaz Hj. Muhyiddin. Turut hadir ialah Setiausaha Badan Perhubungan, Roslan Zainal, Setiausaha Pemuda, Ustaz Junaidi dan tokoh korporat Dr. Abdul Wahab. Turut serta menyembahyangkan jenazah ialah YDP PAS Lipis, Ust. Ishak Sat; YDP PAS Cameron Highlands, Ustaz Ahmad Ludin dan YDP PAS Raub, Dr. Mohamad Nilam.

PAS Kawasan Parlimen Lipis telah kehilangan seorang aktivis yang gigih dan komited dalam perjuangan Islam. Semoga rohnya berbahagia di sisi Allah di alam persinggahan. Selamat jalan saudaraku…. Al-Fatihah.

10 Responses to “Selamat Jalan Saudaraku Hj. Abu Hassan”

  1. airmatapagi said

    PERGINYA TAK KEMBALI

    Tanggal 17 hb. Jun 2009 adalah hari terakhir saya bersama dengan Arwah Hj.Abu Hassan Bin Mohamed (SU Pas Lipis ) yang mana sempat lagi bergurau senda yang mana beliau tidak ada menunjukkan tanda-tanda beliau sakit, sering kali ketawa ria apabila perbualan diantara kami berdua mencuit hati tetapi saya tidak mengetahu apa yang tersembunyi didalam hati kecilnya ketika itu.Keadaan ini membawalah ke petang sewaktu beliau datang untuk menunaikan solah di sebuah surau berhampiran dengan rumah beliau tiba tiba ia mengadu sakit dan tak sihat yang mana beliau tidak sanggup berdiri hanya solah dalam keadaan duduk saja.Istiqamahnya tetap kuat tertanam dalam jiwa seorang pejuang menegakkan hukum islam.Selepas solah maghrib beliau tergesa-gesa pulang kerumah bersama keluarga yang mana terus membawa beliau ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan.Disinilah keadaan yang mana kita tidak dapat menahan walau sesaatpun sekiranya allah menjemputnya kembali.
    Setelah selesai solah isyak saya terus ke hospital Lipis untuk melihat keadaannya tapi sayang seribu kali sayang saya tidak sempat berjumpa dengan nya.Ketika saya sampai di Wad Kecemasan saya terus meluru masuk kedalam dan melihat jasad terbujur kaku diatas ckatil tanpa bernyawa lagi.Saya tidak dapat menahan perasaan dengan sendirinya air mata jernih mengalir pabila melihat wajah arwah seperti tidak percaya telah meninggalkan kita.urusan membawa balik jenazah kerumahnya telah dibuat oleh pihak hospital.Saudara dan sahabat handai mula memenuhi ruang hospital untuk menziarah arwah.
    Bermulanya perkenalan saya dengan arwah ini apabila beliau mula bersara dari RTM dan menetap di Kg.Relong.Sepanjang perhubungan dengan beliau saya begitu senang sekali yang mana sebarang masalah yang mana saya ajukan kepada beliau dapat diselesaikan dengan hati ikhlas.Bagi saya dengan pemergiannya dengan cepat sekali bagaikan kehilangan yang mana saya tidak dapat lupakan dalam hidup saya.Beliau adalah seorang pejuang menegakkan perjuangan islam didalam jemaah Pas tidak mengira waktu ada saja kerja-kerja yang hendak dibuat sibuknya beliau seperti masih dalam bekerja lagi.
    Pada malam tersebut semasa jenazah sampai dirumah kediamannya di Kg.Relong maka berduyun duyun lah saudara terdekat dan sahabat handai tak kira jauh ataupun dekat yang mana menerima berita kematian datang untuk menziarahi jenazah.Kedengaran bacaan ayat ayat suci alquran dari bilik yang menempatkan jenazah yang mana dibaca oleh anak-anaknya ,sudara dan sahabat handai yang datang menziarah sehinggalah kepagi keesokan harinya.Begitu juga saya turut bersedekah bacaan ayat suci alquran kepada arwah ini semoga allah menempatkan beliau bersama orang orang yang soleh.Dari pengamatan saya yang mana saya berada sepanjang malam dan sepanjang hari dirumah arwah ini saya dapat lihat sendiri yang mana orang yang datang menziarah arwah ini adalah kebayakannya adalah saudara terdekat dan juga sahabat handai didalam jemaah Pas tak kira jauh atau dekat yang peliknya kemana perginya penduduk setempat khususnya penduduk Kg.Relong sendiri boleh dikirakan dengan jari saja yang datang menziarah, adapun datang duduk jauh jauh tidak menunjukkan simpati keatas keluarga arwah.Inilah satu sikap yang tidak elok yang mana dapat dilihat sewaktu kematian salah seorang pejuang (aktivis) Pas diKg.Relong khususnya.Boleh dianggapkan sekiranya tidak sehaluan fahaman politik mereka buat tak kisah saja,orang-orang penting dalam kampong pun datang duduk jauh-jauh saya lihat kesemuanya orang luar yang datang.
    Saya mengikut jenazah sehinggalah ketanah perkuburan dan jenazah dimasukkan kedalam liang lahad dan sehinggalah tanah kubur diratakan.Bacaan talkin pada hari tersebut dibaca oleh Pesuruhjaya Pas Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man disamping itu kehadiran YDP Lipis dan YDP Cameron Highland dan kehadiran ramai lagi jemaah yang lain mengiringi jenazah arwah ini.
    Setelah seminggu pemergian arwah kerahmatullah saya ada terdengar rungutan daripada orang ramai semasa dirumah ataupun ditanah perkuburan menyatakan orang Kg.Relong sendiri tak ramai yang datang kemana mereka semua, inilah persoalan yang harus dijawab oleh pihak Pas kawasan Lipis kenapa perkara ini terjadi.Haruslah kita mengambil tauladan daripada peristiwa tersebut, adakah kita kena mendekati mereka semua atau cari jalan lain bagi menyelesaikan masalah, fikir -fikirlah…………

    Dimana akan ku cari ganti
    Serupa dengan mu

    airmatapagi……..02 Rejab 1430( 25 Jun 2009)

  2. pemuda sayangkan bangsa agama said

    kepada penulis blog yang befikiran cetek dan tidak betanggungjawab. siapakah anda yang ingin mengkritik penduduk kampung relong adakah anda orang kampung ini jangan cuba membuat fitnah kepada penduduk kampung relong yang selama ini hidup dalam perpaduan . Jangan cuba pecah belahkan penduduk kampung ini kerana penduduk disini keseluruhannya pandai membaca blog. Cermin diri dulu baru boleh mengkritik orang lain. …

  3. anak jati kg relong said

    kepada saudara/i airmatapagi, sy sbg anak jati kg relong berasa terpanggil untuk meninggalkan komen.Terlebih dahulu sy ingin bertanya kpd anda, adakah anda sendiri anak jati kg relong? jikalau tidak, jgn sesuka hati menuduh penduduk kg tidak dtg menziarahi.. kerana anda kenal atau tidak penduduk kg.. selama 34 tahun sy tinggal di kg ini, penduduknya tidak pernah membeza2kan golongan anti kerajaan dan pro kerajaan.. kami hidup bersatu padu, apa yg anda tulis itu, sama sekali tidak benar..jd jgnlah anda menabur fitnah di dalam bolg
    ini.. sepekara lg, sy difahamkan pada malam tersebut di rumah arwah semasa kenduri tahlil, puak2 pembangkang telah bertahalil dahulu sebelum menunggu jemaah masjid smpai.. kenapa begitu? apalah slhnya menunggu jemaah dr masjid sampai dan bertahalil bersama-sama.. renung2kan dan selamat beramal…

  4. saudara arwah said

    salam kepada semua.. saya turut terpanggil memberi komen di sini.. sy rasa saudara bkn lah ank jati kg relong kerana jika saudara ini merupakan ank jati kg relong mana mungkin saudara akn berkata sedemikian kerana penduduk kg relong tidak pernah membezakan penduduk mengikut fahaman politik terutamanya disaat berlaku kematian, kenduri kendara.. kami hidup bermasyarakat.. bersatu padu dan aman damai.. kalau btl pun saudara ni ank jati kg relong, mesti saudara ni jenis yg tk cmpur masyarakat kan…tlg laa jgn buat andaian yg tk masuk akal..

  5. anti_fitnah said

    buat ahli jemaah pas yg suka buat fitnah(bkn semua).sudah2lah nk memecahkan perpaduan org lain. aku tnye ko lah.siape yg gali lubang kubur kalo bkn penduduk kg relong yg tolong.tiada org kt sne pun ckp ni kubur org pas.x payah nak gali.kami buat kerje tnpa memikirkan sape pun.aslkan penduduk setempat n memerlukan bantuan,kami tolong.jgnlah jadi bangsat sgt.adakah ni cara org pas,memecahkan perpaduan yg sudah lama terjalin?ingt kami org relong tdk fanatik sgt dgn politik bodo korg, dah tergolong dlm kumpulan jahil?korg ingt org relong x boleh pakai kopiah putih?asl pakai kopiah putih?org pas la?sal 2 ko x nmpak org relong. adakah kalau menyertai pas dan wat pe yg korg wat mcm terjerit2,terkinja2 mcm beruk de jaminan msk syurga?cbe tnye arwah abu hassan dlm kubur 2, de malaikat maut tnye apa parti kamu?fikir2lah

  6. kie said

    salam, kepada semua anak relong saya mewakili pas lipis mohon maaf dengan kata kata airmatapagi.

    yang pastinya airmatapagi tak pasti lagi dia org pas. saya mungkin kenal dia ni . dia tak kata pun dia org pas. maknanya kata kata dia tak mewakali org pas. setahu saya kami sekeluarga dan org pas lipis tak pernah bersungut pun pasal hal ni. saya rasa sebahagian besar anda semua kenal saya. kalau ada tak puasa hati hubungi saya. kita bincang. kita caci mencaci tak elok.
    ramai lg yg tak kenal betul2 org pas( yg di tarbiah)
    jangan pulak kita tak suka orang buat fitnah tiba tiba pulak kita yang buat fitnah. ok

  7. bulan malap said

    to kie,
    what do you means airmatapagi x pasti lg org pas??? Sudah terang lg bersuluh, tgk dr penulisannya sudah cukup menggambarkan dia adalah seorg aktivis pas.. Ya, sy tau anda tidak mahu mengeruhkan keadaan.. tetapi kenapa tidak airmatapagi yg memohon maaf? Sudah baling batu sorok tangan.. Pengecut!!! Kpd kie, jika anda kenal airmatapagi tlg nasihat sikit.. Jgn suka menuduh tanpa usul periksa.. Org seperti dia ini lah yg akan memburukkan nama Parti kamu.. Fikir-fikirkan lah….

  8. kie said

    kpd bulan malap.
    kalau nak tau sapa dia tel saya 019-9694050.

    lagi pun cuba baca elok2 petikan kata airmatapagi ni.

    “Setelah seminggu pemergian arwah kerahmatullah saya ada terdengar rungutan daripada orang ramai semasa dirumah ataupun ditanah perkuburan menyatakan orang Kg.Relong sendiri tak ramai yang datang kemana mereka semua, inilah persoalan yang harus dijawab oleh pihak Pas kawasan Lipis kenapa perkara ini terjadi.Haruslah kita mengambil tauladan daripada peristiwa tersebut, adakah kita kena mendekati mereka semua atau cari jalan lain bagi menyelesaikan masalah, fikir -fikirlah…………

    bagi saya dia tak menyalahkan org relong bagi tapi dia suruh org pas fikir. maknanya disini mungkin org pas ada buat salah. itu saja.

    kalau nak nilai dari segi tulisan tak betul. saya boleh buat untuk nampak macam org umno.tapi saya tak berhajat jadi macam tu.

    ok dah laa……

    kalau bulan malap tau sapa dia ni tentu akan faham situasi ini.

    saya dah bagi no saya boleh hubungi saya bila bila. kata orng relong baik baik . janganlah ulangi kata kata yang tak elok tu cth “pengecut” dsb

    ok.

  9. Warisan said

    Itulah perangai orang PAS (Parti Ajaran Sesat)… sepatutnya ceritalah yang baik-baik apabila orang meninggal… sedekah al-fatihah ke…. ini tidak…. dalam keadaan orang kesedihan asyik sibuk berpolitik aje…. mentang-mentanglah orang PAS dah dijamin masuk syurga??… tanya nik ajis.

  10. Matnorib said

    kepada ‘Kie’

    Tahniah menjadi hero…
    Hero putar belit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: