PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

Sentuhan mesra di Manek Urai

Posted by paslipis on 21 June 2009

Kami kini berada di Manek Urai. Hadir sebagai petugas kempen sebagaimana yang diarahkan oleh pimpinan parti. Dalam perjalanan, saya menceritakan perihal seorang timbalan menteri kabinet Bn yang datang menoreh getah di Manek Urai untuk menunjukkan bahawa Umno mesra rakyat. Jawab seorang aktivis, apa perlu seorang Pak Menteri turun menoreh. Tugas mereka yang lebih aula pada waktu ini ialah membantu rakyat dengan menurunkan harga barang. Bukan turun berlakon.

Kami sampai di Manek Urai dengan disambut oleh petugas lain yang lebih awal tiba. Perang bendera sudah bermula. Apa yang menarik dalam kempen PRK kali ini ialah kedua-dua belah pihak ingin bermesra dengan pengundi. Seorang aktivis setempat mengingatkan kami supaya tidak lagi `memerah limau’ ke atas orang-orang Umno. Mereka telah cukup pedih. Yang mereka perlukan sekarang ialah sentuhan untuk mendekatkan mereka kepada perjuangan Islam.

Usah lagi menggunakan sumpah seranah dan kata nista. Jangan gunakan strategi kekerasan dan pertembungan. Mereka adalah sasaran dakwah yang perlu didekati, bukan dijauhi. Pengundi lebih senang dengan jalinan ukhuwah yang hangat dan matang. Mereka akan membuat pilihan yang bijak pada hari pembuangan undi tanpa ugutan dan tekanan.

Kami sebagai petugas awal diarahkan menyediakan keperluan-keperluan yang bakal digunakan oleh para petugas yang akan datang kemudian. Kami bergotong royong di markas, menyediakan penunjuk arah dan mengenal pasti rumah-rumah penduduk setempat. Di masjid, program-program disusun supaya ia hidup. Kuliah Maghrib, qiamullail dan tazkirah Subuh dijalankan di kalangan petugas yang kian bertambah.

Di kalangan muslimat, mereka mengadakan ziarah, munajat dan bacaan Yaasin. Selepas majlis, mereka berpelukan dengan penuh semangat kekeluargaan. Ada di kalangan penduduk yang begitu tersentuh dengan belaian tersebut dan menitiskan air mata. Semoga para pengundi lembut hati untuk memilih calon PAS. Kami para petugas akan pastikan mereka akan `menoreh’ Umno dengan luka yang parah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: