PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Bulan terang di Tempoyang

Posted by paslipis on 12 July 2009

Kuliah aqidah di Markaz Tempoyang pada malam tadi mendapat sambutan yang membanggakan. Tuan guru, Ustaz Junaidi turut bersemangat menyampaikan kupasan kitab `Muqaddimah Aqidah Muslimin’. Ia merupakan program bulanan, pada minggu ke 2, setiap hari Sabtu, bermula dengan solat Maghrib berjemaah.

Tajuk perbincangan semalam adalah berdasarkan bab `Perkara-Perkara Yang Membatalkan Dua Kalimah Syahadah’, sebab ke 2 iaitu tidak mengakui nikmat zahir dan batin adalah kurniaan Allah SWT. Menurut Ustaz Junaidi, antara contoh nikmat zahir itu ialah diberi peluang untuk hidup dan panjang umur. Manakala contoh nikmat batin ialah kurniaan akal dan nikmat Iman.

Beliau turut mengupas fenomena hari ini termasuk dalam berkempen di PRK Manek Urai, di mana manusia mempromosikan sumbangan dari kerajaan dan sesama manusia. Hakikatnya, ia adalah nikmat pemberian Allah. Jasa dan nikmat Tuhan adalah tidak terhitung, namun manusia mudah lupa.

Beliau turut mengupas firman Allah dalam surah al-Qasas, ayat 76-78 mengenai kisah Qarun. Qarun mendakwa kekayaan miliknya adalah hasil ilmu yang ada padanya. Sehingga ada di kalangan pengikut Nabi Musa merasa ingin kaya seperti Qarun. Lantas, Allah tunjukkan bagaimana Qarun ditelan oleh bumi di depan mata mereka.

Mengikut tafsir, pada hari kejadian, Qarun telah mencabar Nabi Musa untuk membuktikan siapakah yang benar. Masing-masing telah berdoa kepada Tuhan. Doa Qarun tidak diterima, manakala doa Nabi Musa telah makbul dan tubuh Qarun mula ditelan oleh bumi sedikit demi sedikit sehingga lenyap bersama harta-hartanya.

Mengenai peristiwa ini, Ustaz Junaidi menjelaskan bahawa tak usah kita hairan jika pihak lawan pun membaca Yaasin dan berdoa kepada Allah termasuk di PRK Manek Urai. Qarun pun berdoa. Kebenaran Islam adalah berdasarkan kepada hujah dan bukan faktor-faktor harta, jawatan dan kekuasaan.

Tempoyang

2 Responses to “Bulan terang di Tempoyang”

  1. Warisan said

    Kisah dalam Quran itulah kejadian-kejadian sejak dahulu sampai sekarang untuk dijadikan iktibar…. Namun ada juga sekarang ini yang pelik-pelik….

    Renung-renung dan timbang-timbangkanlah….

    Perangai PAS Yang Pelik, tapi itulah kebenaran

    BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal.
    Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

    Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang.
    Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

    Bila menang pilihan raya, puji SPR.
    Bila kalah, maki hamun SPR.

    Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan.
    Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

    Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil.
    Masa dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

    Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud.
    Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

    Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan.
    Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

    Bila orang luar hina nabi berarak satu KL,
    Bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

    Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila,
    Bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

    Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir.
    Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

    Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur.
    Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

    Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi.
    Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

    Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi.
    Bila kalah, ada hantu yang mengundi.

    Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat.
    Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

    Bila bersendirian bertakbir,
    Sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

    Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi.
    Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

    Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit,
    bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

    Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam,
    Bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

    Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim,
    Bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

    Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar,
    Tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
    (Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.)

    Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan
    Kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

    Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai.
    Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

    …. Pakat-pakatlah tinggalkan PAS….

  2. makkal sakhti said

    ini markaz ke kandang lembu wan rifleman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: