PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Lemas dalam lautan janji

Posted by paslipis on 15 July 2009

Syukur kepada Allah kerana DUN Manek Urai dapat dipertahankan oleh calon PAS dengan majoriti 65 undi. Pelbagai pihak akan membuat ulasan dan kesimpulan terhadap keputusan tersebut. Bagi pemimpin Bn, mereka mendakwa angin perubahan (wind of change) sedang bertiup kencang. Mereka juga mendakwa kepimpinan baru kerajaan dan parti mereka mula mendapat kepercayaan rakyat.

Bagi saya, keputusan tersebut menggambarkan betapa orang Melayu mudah lemas dalam lautan janji. Walaupun sejarah dan rekod mungkir janji Umno-Bn telah didedahkan, mereka masih boleh kelabu mata. Kali ini Bn menjanjikan Manek Urai sebagai anak emas (menerusi pakej kawasan angkat), jambatan besar dan berbagai kemudahan untuk rakyat.

Orang Melayu juga boleh rebah pegangan setelah dipukul oleh badai habuan yang datang mencurah. Bagi penoreh getah, pelbagai insentif dan bantuan dihulurkan sepanjang tempoh berkempen. Hatta, majlis penyerahan habuan itu diadakan dalam sebuah ladang getah, bukan di dewan orang ramai. Penduduk juga boleh beralih angin selepas menerima habuan kebendaan yang lain.

Sepanjang tempoh berkempen juga, Umno-Bn mendodoi pengundi Melayu dengan pelbagai slogan yang menyenangkan. Contohnya, mereka berpantun: Pok amai-amai, belalang kupu-kupu, Undi Bn ramai-ramai, senang anak cucu. Begitu juga mereka mempopularkan slogan `Bn mene, rakyat sene’ (Bn menang, rakyat hidup senang’. Awas,  jangan termakan slogan. Bn bukanlah penentu rezeki anak cucu. Jangan lupa kepada Yang Maha Pemberi Rezeki.

Slogan

4 Responses to “Lemas dalam lautan janji”

  1. webmaster said

    Selamat Datang… Fikir-fikir dan timbang-timbang.

  2. venus said

    Selama ini Pas sering berada di belakang DAP. Isu Yb Eli dan gambar lucah nya telah menyaksikan betapa muslimah Pas menitis air mata bila Yb Eli yang bersekedudukan itu mengumumkan untuk letak jawatan!!

    Perjuangan menghapuskan ISA yang asal nya digerakkan oleh DAP dan Hindarf, namun sebagai membuktikan setiakawan..Pas rela kerahkan penyokong nya dari seluruh negara untuk berhimpun secara haram di Kuala Lumpur! Mana pergi DAP?? Mana pergi rakan-rakan lain dalam Pakatan haram PR???

    Namun bila timbul isu arak yang begitu sensitif dengan orang Islam di selangor, DAP tiba-tiba menjadi seteru Pas. Permintaan Pas agar arak tidak di jual di kawasan majoriti penduduk Islam ditolak mentah-mentah oleh DAP!!

    Dimana letak nya setia kawan Dap terhadap Pas???

    Isu tuduhan Ahli Parlimen Jelutung, Jeff Ooi yang menuduh JIM sebagai ekstrim Islam juga terus hangat. Jeff Ooi berkeras untuk tidak meminta maaf meski pun terpaksa menarik balik tuduhan terhadap JIM itu atas arahan Lim Guan Eng!

    Jelas, DAP tidak pernah hargai setiakawan yang Pas hulurkan, bagi mereka Pas tetap parti ekstrim..dan puak ekstrim seperti Pas tidak patut diberi muka… isu arak di Selangor serta isu islam ekstrim di Pulau Pinang telah membuktikan nya!!!

    Kita harap Pas menilai kembali hubungan mereka bersama DAP…Pas cuma melukut bagi Dap..dan ada kala nya Pas tak ubah seperi lembu bagi DAP!!!

    Pas boleh diheret kehulu hlir dan ada kala nya boleh dipalu jika perlu..!! Kesian Pas!!

  3. aku said

    org-org PAS ne mmg bodo pun!

  4. Matnot said

    Ternyata penyokong/pengikut parti PAS amat mudah bersangka buruk terhadap apa saja tindak tanduk BN. Semuanya tak betul.. Perangai ini tidak mengambarkan ciri-ciri perjuangan islam yang diperjuangankan..

    Berikut keratan akbar UTUSAN MALAYSIA (8/9/09).. Mesti penyokong/pengikut parti PAS tak baca punyer. Asyik2 baca HARAKAH 2 kali seminggu.

    BN tetap tunai janji

    KUALA KRAI 7 Sept. – Biarpun tewas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Barisan Nasional (BN) tetap menunaikan janji untuk membantu penduduk di situ dengan peruntukan awal sebanyak RM8.9 juta menerusi tiga projek utama.

    Projek tersebut ialah pembinaan jambatan dua lorong menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru bernilai RM8 juta, penambaikan Masjid Temalir (RM600,000) dan pembinaan kemudahan sukan di Kampung Manjor dengan kos RM300,000.

    ++++++ Tunggu ‘Kie’ yang guna nombor 019-9694050 tu beri komen..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: