PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Squad Aduan Lipis

Posted by paslipis on 18 August 2009

IMG_0087Baru baru ini squad Aduan masalah daripada PAS kawasan lipis telah turun meninjau masalah rakyat di kompleks alamanda bersebelahan dengan bangunan Maybank.

peniaga kedai disitu mengadu hal berkenaan dengan bau busuk daripada tong sampah berdekatan dengan kedai kedai mereka yang tidak diselenggara dengan baik. Walaupun sampah sampahnya dikutip namun ianya tidak dikutip sehingga bersih. terdapat banyak sisa sisa sampah yang tinggal dan ianya dibiarkan sehingga sisa sisa tersebut berbau busuk dan dapat dihidu sehingga ke kedai kedai makan mereka.

Ini menyebabkan pelanggan pelanggan disitu merasa kurang senang dengan bau tersebut. begitu juga para pejalan kaki dan pengguna kenderaan yang parking dan melalui jalan di kawasan parking alamanda tersebut berasa kurang senang dengan bau yang menusuk hidung tersebut.

justeru PAS kawasan lipis berharap pihak ALAM FlORA dan Majlis Daerah Lipis dapat mengambil tindakan lanjut mengenainya..

13 Responses to “Squad Aduan Lipis”

  1. Matnot said

    as

  2. Matnot said

    -Saya nak mengadu tentang perkara ini :

    KERTAS Putih bertarikh 8 November 1984 melaporkan bahawa Dewan Ulama Pas yang bersidang pada pada Ogos 1963 di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut:-
    ”Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”.

    -Apa pendapat Squad ADUAN Lipis tentang perkara ini dalam senario politik sekarang??

  3. Warisan said

    Aduan 1

    Apa hukum orang PAS kerja makan gaji/pencen dengan kerajaan BN (UMNO)tapi masih mengata kerajaan? Halalkah gaji/pencen tersebut?

    Aduan 2

    Ada ustaz PAS di lipis berkempen semasa PRU12 lalu lebih akrab dengan cina daripada orang orang melayu (UMNO)…. dengan bukan islam boleh apa saja…. dengan orang melayu (UMNO) pandang jijik… apa hukumnya

    Aduan 3

    Adakah PAS bersengkongkol dengan DAP adakah lebih baik daripada bersengkongkol dengan melayu UMNO? Dulu PAS asyik Takbir, sekarang “Take Beer” ?

    Aduan 4

    Apa status kemasukkan kesyurga member PR (Pakatan Rebah)… PKR dan DAP? sama macm UMNO atau ????

  4. Matnot said

    Masih Menunggu……

    Saya masih menunggu maklumbalas dari SQUAD ADUAN LIPIS, PAS Parlimen Lipis berkenaan aduan/pertanyaan saya pada 24 Ogos 2009. Saya memang keliru mengenai perkara tersebut weh deme..

    Mungkin SQUAD ADUAN LIPIS, terlalu sibuk untuk mencari sampah-sarap sehingga sesuntukan masa untuk membari maklumbalas mengenai perkara ini yang menjadi prinsip/dasar perjuangan Parti PAS.. Takkan sampah-sarap lebih penting kott…

    Disini juga peranan ahli/penyokong PAS mungkin boleh membantu memberi sedikit pandangan/pendapat mengenai permasalahan tersebut. Mungkin ‘Kie’ yang guna nombor 019-9694050 tu boleh beri komen kot..

  5. Warisan said

    Aduan terkini!!!!

    Dr. Asri bidas pihak bersekongkol dengan DAP

    Oleh Tomyampoktek

    “Saya amat berdukacita, sikap sesetengah tokoh DAP yang amat tidak menghormati perasaan orang Islam”. Kata mantan mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin merujuk kepada segala senario dan perkembangan politik yang berlaku di Malaysia.

    Hari ini kita menyaksikan pemimpin-pemimpin DAP telah mula memainkan isu perkauman bagi meraih sokongan kepada parti tersebut sambil memburukkan pihak lawan dengan pelbagai cara.

    Sambil mengkritik tindakan orang islam yang bersekongkol dengan DAP dan membiarkan perkara itu berlaku tanpa ditegur dan diambil tindakan.

    “Apatah lagi mereka disokong oleh sesetengah pihak yang ‘lantang tidak seimbang’ yang bernama muslim yang berlunak dengan mereka dan seakan membiarkan keadaan ini berlaku” kata tokoh agama itu didalam blognya.

    Selain itu Dr. Asri juga seakan membidas golongan yang mengaku muslim yang berada bersama dengan DAP yang hanya hanya ‘garang dan cengih’ sesama orang muslim, tetapi membiarkan orang lain (DAP) membelasah muslim secara biadap, seperti yang terakhir mereka lakukan dengan menghina Dr. Redhuan Tee, ekoran pandangan terhadap anak luar nikah Teoh Beng Hock dan tunangnya.

    Umum mengetahui selain isu hinaan terhadap Dr.Ridzuan Tee, anggota parlimen Jelutong (Jeff Oii) juga telah menghina Islam apabila mengaitkan NGO JIM dengan pengganas. Manakala di Selangor Roniu Liu pula telah mengangu kerja-kerja perampasan minuman keras sambil mengeluarkan fatwa baru bahawa bir bukan minuman keras.

    Sambil menyatakan rasa kesalnya dengan keadaan itu, beliau menjelaskan senario itu berlaku mungkin disebabkan kegilaaan kuasa yang diperolehi selepas pasca pilihanraya 2008 dan memperolehi mandat memerintah 5 buah negeri, hingga sanggup mengenepikan semangat ukhuwah dan akidah islam.

    sumber – tomyampoktek

    Sila beri ulasan…..kalau tidak lebih baik gugurkan perkataan islam daripada nama perti PAS…

  6. Paslipis said

    Warisan warisan… Patutla ko ni barang lama x update ke berita terbaru.
    Pertamanya Pas tidak menyokong sebarang usaha untuk menghina islam yang suci ini daripada mana mana pihak. Celakalah bagi mereka yang menghina Islam itu.
    Okay saudara, aok kata jeff ooi hina islam? Bukankah dia marahkan jim (jemaah islah malaysia) dengan mengatakan jim itu ekstrem/pengganas. Baik kalau itulah formulanya umno pun hina islam dengan mengatakan pas itu ekstrem. Memang benar kenyataan jef ooi tu x tepat pun dgn mengatakan jim itu pengganas. Aok x baca ke yang dia dah pun tarik balik perkataan tu. Warisan.. Warisan…
    Satu lagi bukankah umno pernah mengatakan bahawa politik dan islam tu x boleh campur? Haa. Mcmana? Bukankah itu pun dikira menghina islam? Kerana menafikan kesyumulan islam. Islam itu perlu diamalkan dalam semua aspek termasuk politik tau tak..
    Pasal isu arak.. Eh.. Umno haramkan arak ke? Sapa yg luluskan sebelum ni? Jgn hipokrit la.. Kami pas berusaha bersungguh untuk memastikan penjualan arak itu dikawal. pada suatu masa nanti akan diharamkan terus i.Allah. Tapi perubahan tidak perlu secara mendadak.

  7. Warisan said

    Dalam islam tidak ada istilah isu baru atau lama… minta maaf atau tarik balik… itu seperti mempermainkan islam.

    Lihatlah persetujuan berikut…..

    PAS bersetuju Negara Liberal,demokratik & bebas kata Anwar
    2009 Sep 19

    Anwar Ibrahim sebagai ketua Pakatan Rakyat (PR-Pembohong Rakyat) mendakwa kepada media Australia Network bahawa salah satu parti di bawah kawalannya, Parti Islam (PAS)juga turut bersetuju dengan dasar-dasar yang digarisnya untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang liberal, demokratik dan bebas.

    Parti PAS sebelum ini didakwa membawa slogan “Negara Islam”, tetapi telah menggugurkan slogan itu dan diganti dengan slogan “Negara Berkebajikan” sehingga sekarang ini.

    Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Jim Middleton dalam interbiu ‘Asia Pacific Focus’ sebaik sahaja PR memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

    Dalam wawancara itu juga Anwar turut mendedahkan bahawa PAS juga turut bersetuju untuk memusnahkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan diganti dengan dasar baru yang dirancang oleh PKR iaitu Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang berkonsepkan memberi peluang ekonomi sama rata kepada semua kaum.

    Ikutilah wawacara Anwar dan Jim Middleton seperti berikut;

    Soalan- Bagaimana dengan parti pembangkang, PAS, bolehkan anda memegang kuasa tanpa sokongan mereka?

    Sekarang, Pakatan Pembangkang ialah Keadilan, Parti Keadilan, Parti Islam, PAS dan Parti Tindakan Demokratik(DAP). Sekarang kami mempunyai beberapa siri pertemuan, kami sekarang…telah mewujudkan satu pakatan yang lebih mengagumkan.

    Kami telah menandakan agenda kami. Tiada isu untuk mengubah Malaysia mengubah dirinya sendiri untuk menjadi sesuatu yang lain (seperti Negara Islam) selain daripada sebuah negara liberal demokratik dengan perlembagaan dipelihara, kebebasan untuk menentukan yang mana betul dan yang salah, kebebasan bersuara, kedaulatan undang-undang, ekonomi pasaran bebas dan keadilan yang saksama.

    Soalan -PAS telah memansuhkan perbezaan positif untuk kaum Melayu di negeri yang dikuasainya. Pada pandangan anda, adakah ini merupakan satu idea yang baik?

    Sekarang, secara umumnya dasar kami adalah bergerak ke arah Agenda Ekonomi Malaysia. Kami tidak akan, sudah tentu, mengabaikan kepentingan mereka yang dipinggirkan dan miskin, khususnya di kalangan kaum Melayu untuk dilindungi, tetapi pendekatan keseluruhannya perlu baru, satu pendekatan baru perlu diperkenalkan. Bermaksud kita mesti memenuhi keperluan seluruh rakyat Malaysia, dan ini merupakan dasar yang telah diambil oleh PAS dan DAP di Pulau Pinang dan Keadilan di Selangor.

    Soalan – Adakah anda jangka mana-mana kerajaan di mana anda sebahagian daripadanya akan lebih Islamik atau kurang, sekiranya saya dapat katakan seperti itu?

    errrrrr… Pada saya soalan ini tidak relevan. Maksud saya, Islamik dalam erti kata saya bersembahyang dan tidak mengambil minuman keras, ya. Tetapi saya bukan berada dalam keadaan memaksa orang lain bersembahyang dan tidak mengambil minuman keras.

    Sekarang, Islamik dalam erti kata kita membenarkan pelaksanaan kelas-kelas di masjid tetapi kita juga perlu membenarkan perkembangan gereja dan kuil berjalan tanpa diganggu oleh pentadbiran, seperti yang telah kami pantau sebelum ini.

    Tiada soalan untuk merobohkan tokong, atau kuil Hindu. Ini adalah maksud saya kepada lebih Islamik kerana ia sepatutnya menjadi lebih adil dan saksama.

    Soalan – Bagaimana dengan isu undang-undang Syariah. Apakah pendirian anda untuk soalan tersebut?

    Perlu ada ruang, dan mengizinkan orang ramai untuk mempertikaikan dan mengadu termasuk Muslim. Tetapi tidak sama sekali kami izinkan yang bukan Muslim diadili oleh mahkamah Syariah dan bukan Muslim perlu mengizinkan dan diberikan kebebasan untuk diadili di mahkamah sivil.

    Undang-undang Syariah setakat ini hanya untuk undang-undang keluarga Islam…. dan dalam sesetengah isu yang Muslim selesa dengannya, tanpa melanggar perkara-perkara lain.

    Soalan – Ada yang berkata kerajaan yang bakal diketuai oleh anda secara ringkasnya adalah UMNO dalam cara lain?

    Saya adalah seorang demokrat yang liberal. Orang ramai boleh memberikan anggapan. Tetapi kami berada di sini komited untuk satu agenda dan tidak akan berpatah balik. 6 tahun di penjara juga banyak mengajar saya. Anda matang di dalam proses tersebut. Dan anda juga tahu mandat yang diberikan adalah mandat untuk perubahan. Ia bukan satu mandat untuk mengulangi sisa-sisa UMNO. Tiada persoalan mengenai Malaysia yang demokratik, Tiada persoalan mengenai badan kehakiman yang bebas, Tiada persoalan mengenai media yang bebas dan dasar yang adil, dalam ekonomi, dasar sosial kepada semua rakyat Malaysia.

    sumber – AIDCnews

  8. THE BOSS said

    Tahniah Warisan biar lah apa orang pas kata but u r good man

  9. ehm teman-temanku ssungguhnya saya lihat penghujahan saudara terlalu emosi dan tidak berdasarkan hujah yang jelas sumbernya. semoga Allah mengurniakan hidayah kepada sya dan kamu semua

  10. new age said

    for PAS LIPIS information,before making a statement,please read and make a full detail research ,and don’t make a statement with emotion,and anger..we now living in the new era of globalization,and we need to broaden our knowledge before saying something,or else the people would think rubbish of what we said. im not into this conversation,but as a person,i want to give you an advise ; think before you act..takbir!

  11. new age said

    btw, congratulation to warisan for a very good information and source,keep up the good work

  12. THE BOSS said

    take beer! that’s all?

  13. Warisan said

    Terima kasih New Age…. kerana sepandangan dengan saya.

    Saya tu bukan apa…. kasihan kepada pengikut-pengikut PAS yang tertipu oleh pemimpin mereka yang berjaya mendoktrin seolah-olah “PAS itu Islam, Islam itu PAS”

    Sedangkan Islam itu agama, hak semua insan dan manusia di atas bumi Allah ini.

    Manakala PAS adalah parti politik yang mengeksplotasi agama Islam yang cuma ada di Malaysia sahaja…..

    Sesat dihujung jalan…. kembalilah kepangkal jalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: