PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Soalan dari Mat not

Posted by paslipis on 4 September 2009

Matnot said
24 August 2009 at 1:33 pm

-Saya nak mengadu tentang perkara ini :

KERTAS Putih bertarikh 8 November 1984 melaporkan bahawa Dewan Ulama Pas yang bersidang pada pada Ogos 1963 di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut:-
”Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”.

-Apa pendapat Squad ADUAN Lipis tentang perkara ini dalam senario politik sekarang??

JAWAPAN SAYA;

PAS MASIH KEKAL DENGAN PERJUANGAN ISLAM SAMA SEPERTI DAHULU, KINI DAN SELAMANYA,PAKATAN PAS DAP DAN PKR ADALAH UNTUK MENJATUHKAN UMNO BN YANG TIDAK BOLEH SUDAH UNTUK DIBETULKAN KERANA SUDAH TERLALU BANYAK TERPALIT DENGAN RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA.
Dalam realiti politik sekarang dimana hampir mustahil untuk sesuatu parti politik yang tidak bergabung dengan parti dari parti lain yang berbilanh kaum untuk memerintah negara. Pada tahun 1963 tersebut pola penduduknya bagaimana?? kawasan majoriti melayu islam masih besar dan kita boleh memerintah sendiri.
Islam itu sifatnya boleh berubah pada strategi asalkan pekara asas yang dituntut oleh Islam tidak ditinggalkan. justeru hukumnya berbeza pada ketika ini… dan agenda slam yang dibawa PAS tidak pernah dintinggalkan. mungkin perlaksanannya sahaja bersifat menunggu masa dan penjelasan yang sesuai. contohnya di kelantan kita memounyai suara yang kuat jadi kita boleh lakukan agenda islam dengan lebih mudah
tetapi di negeri yang kita tida berkuasa sepeti di selangor dan penang, kita hanya memberi nasihat dan melakukan agenda islam dalam bidang kuasa yang ada.
tidak seperti UMNO yang mempergunakan ISlam utuk politik. contoh yang nyata. dulu mereka kata politik dan islam tidak boleh campur.. tetapi setelah PAs dan NGO islam lain memberi penerang bahawa islam itu lengkap dan politik adalah sebahagian dari islam maka akhirnya mereak akur.. maka lahirlah islam hadhari. tetpi sekarang bila orang bukan islam tidak menyokong umno bn maka tukar pulak 1 malaysia , agenda islam mereka dimana?? sudah snyap sunyi??

53 Responses to “Soalan dari Mat not”

  1. Warisan said

    Kalau itulah jawapannya…..

    Perangai PAS Yang Pelik, tapi itulah kebenaran

    BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal.
    Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

    Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang.
    Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

    Bila menang pilihan raya, puji SPR.
    Bila kalah, maki hamun SPR.

    Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan.
    Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

    Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil.
    Masa dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

    Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud.
    Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

    Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan.
    Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

    Bila orang luar hina nabi berarak satu KL,
    Bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

    Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila,
    Bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

    Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir.
    Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

    Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur.
    Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

    Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi.
    Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

    Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi.
    Bila kalah, ada hantu yang mengundi.

    Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat.
    Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

    Bila bersendirian bertakbir,
    Sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

    Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi.
    Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

    Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit,
    bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

    Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam,
    Bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

    Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim,
    Bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

    Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar,
    Tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
    (Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.)

    Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan
    Kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

    Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai.
    Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

  2. Paslipis said

    Kenyataan yang penuh dengan emosi . Tanpa bukti yang menyokong. Kata kat orang dia yang lebih. Sila buktikan kenyataan2 anda itu.

  3. Matnot said

    Assalammualaikum…

    Apa jawapan/kenyataan rasmi dari Paslipis mengenai pertanyaan iklas daripada saya. Jawapan daripada ‘Kie’ yang guna nombor 019-9694050 tu kurang menyegat la..

    Terima KAsih weh..

  4. kie said

    kpd mat not.

    napa pula nama saya di sebut sebut untuk bagi jawapan.

    bagi saya kita boleh bagi jawapan sekiranya orang yg ingin terima jawapan itu menerima dengan hati terbuka. kalau kita bagi jawapan sekukuh manapun tapi orang yg nak terima tutup telinga dan tutup hati ,tiada gunanya. biarlah kita berbincang untuk cara kebenaran bukan cari siapa menang hujah.

    kalau nak di tengok pada kata saudara yg penuh emosi dan penuh taksub. bagi saya biar saudara sejukkan hati dan perasaan dulu.
    ok. tq

  5. Matnot said

    Terima KAsih jawapan saudara..

    Saya akan sejukkan hati dan perasaan dulu sementara menunggu jawapan rasmi daripada Paslipis. Kehebatan saudara menilai seseorang tu mmg hebat..

  6. Paslipis said

    Apa dia soklan ikhlas deme tu mat not ek. X jmpa

  7. Matnot said

    Assalammualaikum..

    Soklan kaweh seperti berikut :

    “KERTAS Putih bertarikh 8 November 1984 melaporkan bahawa Dewan Ulama Pas yang bersidang pada pada Ogos 1963 di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut:-
    ”Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”.

    – Apakah pendapat/ulasan/komen rasmi PasLipis menegenai perkara diatas dalam konteks ini dalam senario politik sekarang??

    *Terima kasih jika sudi menjawap. Saya amat terkeliru dengan perkara ini. Perkara ini berlaku sebelum saya lahir lagi. Namum ia masih menjadi ‘modal politik’ sesetengah pihak.

    *Saya baru-baru ini mendengar rakaman ceramah agama/politik dari seorang ustaz (yang saya yakin dari Parti PAS)yang mengambarkan seolah-olah jika orang islam bersalam/ bersekutu/ menghormati/ bekerja dengan orang kafir, maka orang islam menjadi berdosa/menjadi kafir jugak. Tapi mungkin ceramah itu dibuat sebelum PRU ke 12 pada tahun 2008 kot..

    *Sebagai seorang islam, saya tidak bermaksud untuk memprovokasi atau memperlekehkan perjuangan sebenar Parti PAS. Tapi perkara tersebut sedikit sebanyak mengelirukan saya. Kekeliruan saya mungkin diatas kelemahan saya sendiri @ kesilapan saya untuk mendapatkan maklumat yang terkini/sebenar.

    *Oleh kerana saya tinggal di Lipis, maka PASLipis saya anggap saluran yang sesuai untuk saya merungkai kekeliruan saya ini.

    Sekian, Terima Kasih wehhh..
    MatNot

  8. albafuni said

    salam..
    setelah saya baca beberapa komen saudara, hanya ini yang ingin saya katakan semoga Allah merahmati saudaraku matnot, jika benr saudar pencari kebenaran InsyaAllah saudara akan dapatinya,
    satu cadangan saya kepada saudara, ingat keikhlasan penting dalam setiap amalan kita terutama untuk mencari kebenaran seperti kisah nabi ibrahim mencari tuhan, baginda berusaha bersungguh2 , akahirnya bertemu juga denagn jawapan yang dicari serta beroleh ketenangan yang abadi, saya mengharapkan saudara juga seperti itu, sanagt saya tidak harapkan saudara tidak jadi seperti bani Israel segala macam bukti serta kebenaran didepan mata tapi masih ingkar melawan hukum tuham, carilh kebenaran dalam agama saudaraku, InsyaAllah saudara akan temuinya. tidak perlu harap serta tunggu jawapan dari pas lipis, saudara mampu mencarinya dengan menggunakan hujung jari seperti saudara bertanyakan kepada pas lipis juga.
    akhirnya semoga Allah merahmati saudara.

    Allhummahdi haza rojul wahdina il sirotiqalmustaqim … amin

  9. THE BOSS said

    tahniah mat,memang orang pas ini bila dia kalah dia akan pusing pusing macam orang mabuk,buat macamana pun dia takkan kalah punya munafik macam tula

  10. THE BOSS said

    tahniah lah Mat,aku rasa bukan ko yang keliru tapi Kie dan puak pas ni yang keliru lah

  11. Matnot said

    Assalammualaikum..

    Saya setuju. Tapi tak elok la kita kata kat deme mcm tu. Di peringkat penyokong/pengikut PAS, mereka sebenarnya tidak bersalah. Cuma di peringkat pemimpin PAS, terlalu sangat berpolitik.

  12. Paslipis said

    Eh yg g rampas negeri perak bukan berpolitik ek. Yg tuduh org tu pengkhianat n macm2 bukan politik, ko ni hipokritla matnot.Umno la yg brpolitik secr x sihat. Pernah x geng umno sokong apa yg pas buat. X pernah. Sapa mp bn yg sokong usul pmbgkg akan kn tatatertib. X waras lngsung. Tau x bgtu byk jgk mp pmbgkng skog usul bn dlm parlimen jika ia baik untk negara. Sila jwb yg aku tulis pnjg lbr tu.

  13. mamat lepeh said

    betul tu paslipis. orang umno ni lagi suka putar belit. ingat x isu ppsmi. dulu beria2 kata bagus untuk anak bangsa la.pejadahnya. las2 tuko pulok. ntah pepe. dulu zaman khir johari hapuskan tulisan jawi. dah ramai yg buta jawi. ni siapa yg pengkhianat sbnarnya ni. Em pasal kejesama dgn org kapir ni ko ni mat not x tau ke pas dah lama cuba merintis hubugn itu. Bukan baru2 ni je. Tapi ianya mesti dgn syarat menguntgkan islam akhirnya. Bkn mcm umno dgn bn. Akhirnya merosakn islam. Pasal ceramah yg ko dgr tu. Ustaz tu x btl lgsg . Kalu smpai bslam pn x bole. Kalv pmpuan btl la x bole. Ko ni mat not main reka je hujah ko. Kasi la hujah ilmiah sket. Ke ko ni pun org upahan umno jgak

  14. Matnot said

    Asslammulaikum Mamat Lepeh..

    – Tak baik main tuduh2 saya mcm tuh.. Saya bukan mereka-reka hujah weh. Saya juga bukan orang upahan umno.

    – Betul la Mamat Lepeh, kaweh dengor rakaman ceramah ustaz tuh. Ustaz tu memang kata mcm tuh. Tu yang membuatkan kaweh jadi terkeliru. Ustaz tu boleh dikatakan terkenal jugak la.

  15. THE BOSS said

    salam mat,lihatlah puak pas ini dia boleh kata kat orang bermacam2 kalau dia oang hebat lama dah dia orang menang pilihan raya d lipis ni,d ceka pun x leh menang,jauh lagi lah p.t,ceka tu ada 80% orang islam,nape x menang

  16. Warisan said

    Orang PAS ni memang cakap berbelit-belit… ingatkan HINDRAF saja… tapi lebih teruk.

    Depan orang Melayu cakap lain…. depan orang Cina/India lain…. lihat kenyataan dibawah

    Perkara : PAS Mahu Hapuskan Keistimewaan Melayu

    PAS pernah berikrar di hadapan persatuan Cina di Terengganu bahawa akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika berkuasa dalam Utusan Malaysia, 15 September 1985. “Ini termasuklah tanah simpanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain dasar yang memperlihatkan semata-mata kepentingan orang Melayu. PAS berjanji semua kaum akan mendapat layanan yang sama rata” ucapan Haji Hadi Awang yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di hadapan 300 orang anggota masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Terengganu. Mengapa PAS sanggup bercakap sebegitu? Apakah semuanya semata-mata untuk memancing 300 undi sahaja?

    Utusan Malaysia, 11 Mac 2008, mukasurat pertama. Tersenyum puas ayah dan anak ini(Lim Kit Siang & Lim Guan Eng dari DAPig) berjaya menjayakan kata-kata Haji Hadi untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. DEB adalah antara salah satu janji yang pernah diucapkan oleh Haji Hadi Awang pada tahun 1985 lagi. Lim Guan Eng mendakwa DEB sebagai punca kronisme, rasuah dan tidak efisien. Sekarang apa yang berlaku di Pulau Pinang? Bukankah semakin banyak kilang ditutup? Ramai anak-anak Melayu yang terpaksa mencari pekerjaan lain akibat penutupan tersebut. Siapa pula yang menjadi taukeh kilangnya? Sesudah setahun memerintah Pulau Pinang, apakah dengan tiadanya DEB, Pulau Pinang sekarang adalah lebih baik daripada dahulu?

  17. kie said

    kepada pejuang2 umno.

    kami istiqamah dalam perjuangan. kami tidak berjuang untuk melayu. kami berjuang untuk islam. begitu juga nabi kita. baginda bukan berjuang atas dasar bangsa arab. tapi untuk islam. tunjukkan kami mana dasar kami yg bertengtangan dengan islam. kami sedia di tegur.

    ok. jumpa lagi.

  18. Matnot said

    Tahniah la..

  19. THE BOSS said

    ala tak usah nak cakap berjuang fasal islam lah,nak kan kuasa tu la jugak sampai kan geng2 di perak tu dah mereng sampai meeting bawah pokok pun jadi kerana tak boleh terima hakikat kuasa dah hilang,hu hu hu.

  20. kie said

    kepada the boss.
    saya ulang sekali lagi. tunjukkan mana salah kami yg bertentangan dengan al quran dan sunah bukan bertentangan dengan nafsu manusia! hal di perak tu… apa salahnya. bersdosakah kami. saya akui memang kami nakkan kuasa. tapi kami nak kuasa untuk menegakkan undang2 bukan macam umno . nak kuasa untuk isi perut dan mencabul undang 2.

    ok tq.. jumpa lagi

    p/s. biar kita berbincang untuk cari kebenaran bukan cari siapa yg menang. tunjuk salah kami dan kami akan tunjuk salah umno.

  21. THE BOSS said

    I don’t think i need to discuss with you,because you all pun looking for oportunities yang boleh mengenyangkan perut jugak.

  22. kie said

    laaa napa pulak tak nak bincang.

    jangan biarkan ego anda menguasai diri. kita boleh tengok mcm mana hidup org pas. nepa orng mcam the boss selalu anggap semua org macam dema. saya ada pengalaman tentang hal ni. mintak la petunjuk pada allah supaya diberi hidayah yg mana satu golongan betul. kalu tanya org pas tentu mereka akan kata dia yg betul. begitu juga orng umno. jadi berdoalah pada allah dan semak al quran dan hadis yg menjadi panduan kita untuk selidiki golongan mana yg betul.
    ok tq.

  23. THE BOSS said

    untuk kie,di sisi tuhan tiada orang pas dan orang umno,u know hanya amalan kita yang membezakan,itu lah silap kita ni kadang2 kita rasa kita sudah melebihi orang lain,jgn jadi mcm kato urang minang,kalo sembahyang sampai lokuk batu kono dahi pun belum tontu lai masuk syurgo,sodangkan orang pelago ayam masuk syurgo dulu,apo nok kato aih,faham2 lah yo.
    Itulah heih sikit sikit ajak kp umno pahang berdebat memang sah tak ado kojo.Tak apo la biarla monang sorak tak ngaponya.

  24. kie said

    apa guna cakap jauh2. kita nak berdebat hanya untuk kita nak masyarakat tahu hujah sapa yg betul . belum apa apa pun takut. kalau di pihak yg benar apa yg takut.bukan salah kita berdebat dan berhujah. saya dah buka peluang. kalau ada salah saya dan kami tolong bagi tau dan saya boleh bagi tau salah umno. itu jer, kita kongsi medan untuk perbaiki diri bersama. ok

  25. THE BOSS said

    he he i’m still the boss,not sivaji heh

  26. THE BOSS said

    saya hairan mengapa orang pas ni c buk dgn hal umno,mcm org kata hidung x mancung pipi tsorong2,cuba lah buat kerja untuk pas saja,ini tidak apa jua yang umno lakukan c buk lah orang pas nak bincang sama,buat lah strategi untuk menang PRU depan,ini tidak bila pru calun yang bertanding entah calun datang dari langit mana,manalah nak menang,klau i lah jadi kie i pastikan i bertanding sekali lagi,buat apa bagi Ust sehak all are xpired already,young man lah yang patut bertanding,tengok jimi dah siap sedia utk nak jadi calun dun p.tengku,nak jadi calun ni bukan semisti lulusan azhar mcm ust ,bekas worker jkr pun boleh jadi ape,tgk yang ada skrg pun kan,

    Tapi kenapa jemput Mat Sabu,kan ada rekod kt hotel perdana ke?di Kota Baru dlu tu.uutk rasmi mesyuarat pas lipis.komen.

  27. kie said

    kpd the boss

    jangan ubah tajuk kawan.

    kami bukan cbuk pada umno jer.. kami akan jaga semua org sb kami diajar .menusia ini dijadikan khalifah untuk alam ini. jadi kami rasa bertanggung jawab pada semua. sapa buat salah kami tegur.
    pasal pru. mamang saya akui kami masih lg tak brapa tepat pasal strategi.tema kasih kerana bagitau. macam tu laaa yg saya nak.tegur utnk kebaikan bersama . pasal calon, kami lain dengan dema…. kami tolak untuk jadi calon…. sb kami takut untuk disoal di akhirat kelak kerana jadi pemimpin ni banyak tanggungjawab. tapi yg pasti kami akan lawan.
    pasal jimi tu. dia kawan saya sejak dulu lg. saya tahuuuu………………. org kg pun tahu……….

    pasal mat sabu. awan ni tak tahu perkembangan terkini ker. kan dia kena fitnah dan ada agenda nak perangkap dia. dah terbukti di makamah. sabab itu saya kata kita cakap bukan deengan nafsu. cakaplah dngan fakta.

    ok. mana salah dan silap kami ?

  28. THE BOSS said

    Salah awak orang! tak mahu mengaku kalah,biar salah sekali pun nak pertegakkan jua.Fitnah kata orang pas.orang lain kata memang kena tangkap kt otel pn.
    Cakap mcmana pun awak akan pusing lah supaya menang.Tok Guru sape kan Nik Aziz kan.
    Ok lah yang itu saya dah malas nak cakap fasal saya kenal semua orang pas di lipis,termasuk pe el sekali,sebutlah ust muhyidin,ust borhan,ust sehak,cikgu rashid,kassim berembang,cikgu bakar bapong,u name them i can tell about them inch by inch,oh ayah cikgu hisyam,apa nama dia.
    Dato hashim bukan waris Tok 4 mamat ko.
    Kalau PRU tak ada strategi macam mana nak menang,buat apa lwn kalau setakat namanya lawan saja.Takkan tak ada pakar utk nak counter BN punya strategi,Nak kata duit tak ada nampak gaya dah banyak kerana setiap kali penyokong lalu dari K.L singgah misti jihad punya,taktau lah kalau duit derma tak diodit.
    Tak padan dengan ceramah saja kalau tiba masa p.raya,tak padan juga dengan pasang bendera paling besar dalam dunia,fasal kalau bergambar dengan bendera paling besar dalam dunia dia tak akan dapat menarik pengundi pun,betul tak, takpe kalau nak tahu strategi p.raya umno dan BN boleh tanye saya c kit2,saya boleh kongsi dengan awak,tapi tak usah cakap tak nak jadi calun,kalau udah ditakdir tuhan awak jadi,jadilah kan.Orang kg tahu apa fasal jimi.Baik awak sokong saja dia,kan kawan.Kalau dia jadi calun,baik kite pakat sokong dia,sekurang mya esok kedai kat simpang bercang boleh dapat yang baru,Kok iya pun awak duduk jugak kat kedai kerajaan umno tu.bercang saja yang jarang menang peti undi kalau p.raya.Nanti kalau PRU peti undi bercang menang,saya comfirm kan yang memang u yang support UMNO okeh?
    2 b continue.

  29. kie said

    ha ha ha…….

    tema kasih …… kerana cakap bukan bukan… kalau berani tunjukkan diri biar saya tahu sapa awak. sb aok dah tahu kami semua..ok tentu tak berani kan?

    satu lagi mentaliti umno. kedai umno katanya. ha hah hah ahha. ni laaa fikiran sempit dan jumud.
    di berchang. kedai kedai takyah laa nak buat baru. insaallah akan terbina juga. rezeki bukan pada umno. bangunkan dulu kuala telang, gua. felda .relong dan sbg.
    apa kena tokempat mamat. dengan semua ni.

    dah brapa kali nak tanya. mana salah kami.????????????????

  30. THE BOSS said

    Pas tu semua salah,kan dia serpihan dari umno dulu,apa strategi awak hadapi PRaya,cakap biar saya tunjuk salahnya.Sebenar nya orang pas saja yang suka cari salah orang, saya tak kata awak salah dsb awak saja yang c kit2 tanya apa salah,dia memang kalau orang selalu buat salah memang lah dia selalu tertanya apa salah dia kan,nampak gaya awak setujulah sokong jimi ek,kalau dia jadi calun PRaya nanti fasal no komen kan,dan peti Bercang akan menang lah walaupun satu undi dan kalau menang nanti baru lah saya tunjukkan siapa saya,sebenarnya bukan mereka yang saya sebut sahaja saya kenal,tapi seluruh orang bercang,tg jambu,telang,relong,gua,beletik saya tahu,basiron, bullah,nak lawan bola anytime man.Tapi seronok jugak kalau tercari2 kan saya ek.
    Ust Borhan lagi kenal,bacaan dia kalau jadi imam mcm bacaan imam masjiddilharam kan.
    2 b continue

  31. kie said

    memang laaa awak ni jenis tak faham soalan dan nak lari dari mencari kebenaran. dan jenis takut berdepan.
    takat kenal tu sapa sapa pun boleh kenal.

    kita berbincng dan nak cari salah supaya kita baiki salah kita.
    nak tahu srategi? ha ha ha ha ha a haha ha ha ha

    kami org pas bukan suka cari salah org, tak betul tu.. tapi bila org buat salah kami tegur. yg kami cari salah kami. supaya kami dapat menang di akhirat kelak. menang di sini hanya semantara

    ok

  32. THE BOSS said

    nak uka had atak kawa gnamem aumes halas,akus kagen gnaneb hasab,he he,sah memang u tak ada kerja,kah kah,alright?

  33. THE BOSS said

    Aku nak tolong kau orang menang p.raya,taklah bertanding tak menang2,sampai 7 kali jadi calun pun tak pernah menang.sebab tak ada strategi,bukan dah dekat dengan p.raya baru nak buat kerja mcm nak mampus,jangan ingat kita kempen guna islam dengan berarak dgn cina dan india keliling bandar kita boleh raih undi tau,jauh lagi la,orang tengok pun lagi tak nak bagi undi.
    Pulak tu yang buat round ada yang ust.kempen di iringi dengan nyonya yang pakai seluar pendek ,apa dah,ceramah kat masjig bukan main lagi,semua tak boleh,ini tak boleh tapi masa pilihanraya semua boleh,ingat orang ramai tak ingat apa yang kita cakap,ingat tau.cari lah salah awak sendiri,orang kata cermin2 lah diri.tak ada siapa nak tunjukkan awak,ayah kita saja yang selalu bagi tau apa yang kita buat yang salah,orang lain?ada aku kisah cak cak cak.

  34. kie said

    alhamdulillah…..
    memang ramai org umno macam aok ni nak tengok pas menang. tema kasih.

    tak pe laaaa . aok buat keja aok dan kome buat kerja kome.

    kalaupun aok tak sokong tapi sekurang2 ada doa daripada org mcm aok pun ok dah.

  35. Matnot said

    Asslammulaikum..

    Hebat sungguh perdebatan antara ‘Kie’ dengan ‘The Boss’..

  36. THE BOSS said

    Eh sape ckp saya org umno,mintak maaf lah,itu lah awak selalu buat perception silap,sebab tu org pas jarang boleh menang,u always count the chicks before it hatches.
    Eh awak nak tau tak bahagian mana tubuh wanita yang dianugerahkan nama yang mulia oleh Allah SWT,kalau nak tau nanti saya bagi tau.
    Dan saya tak pernah doakan parti pas memerintah malaysia ini,kerana saya takut habis lah negara ini dijual kepada yahudi dsbnya,kerana kamu bersekongkol dengan orang yang mendokong mentaliti yahudi.
    Semasa dia dalam umno kamu kutuk dia tapi bila telah dihumban oleh umno kamu jilat dia habisan2 keran apa,kerana ingin dapat kuasa.ya guna apa jua cara,janji boleh perolehi kuasa,persetan dengan bangsa dan lain asalkan dapat pegang tampuk kuasa,kesian, jual lah maruah bangsa ugama,dulu nak tegakkan islam ,tapi sekarang tak pa kita boleh tolak ansur dengan DAP,biar lah depaan orang islam kita takbir,tegakkan islam,depan bukan islam tak pa,kita sokong religious council pulak.
    Mintak maaf lah di pahang ini pas nak memerintah?,jauh lagi lah,kalau kepimpinan yang ada ini jgn nak mimpi lah.perintah setakat bercang dengan keledek je la.
    Kenapa calun parlimen ambil orang raub,orang lipis tak berani ko,takkan lah mohd nor ramzon,m.sahbuddin tafri tak berani,razali sulaiman ke,makan gaji dengan kerajaan umno tapi gigit tangan org bagi gaji.mcm awak ok lah kan,nak lwn, kerja sendiri,jgn harap belas kasihan org,ini tak bila bonus tak dapat menjerit bukan main mcm hj.sharip risda tuh.MALU hu hu hu.dah dapat tak bahagian tubuh wanita yang mulia tu,nt saya eloborate ek.

  37. kie said

    maaf banyak2 .. sb hujah aok macam org umno…

    saya ingat ada 2 golongan jer kar malaysia tapi 3. 1 umno ,1 pas dan 1 lagi macam aok. takpe laa. tapi macam aok ni gayanya taksuka belaka… tapi dekat dengan umno(bukan umno). insaallah bila kami menang aok akan masuk geng kami.

    pasal pas sokong golongan yahudi. saya sarukan supaya banyak baaca selain berita hairan. tv 3/4 .utusan meloya. dsbg.

    mintak la datang ke ceramah ceramah dan kelas 2 pengajian yg kami anjurkan untuk aok tahu permasaalahn dan isu isu terkini. boleh jg bagi soalan pd utd2 kami.
    sama sama kita bina kg dan daerah kita. tak kira siapa kita.
    kalau nak kita jumpa dan borak bole jer .sambil minum2. sb saya nampak ada semangat untuk memperbiaki sesuatu dalam diri aok.
    bagi saya . saya akan terima segala kritikan untuk kebaikan bersama demi islam dan negara ini.

    pasal calon tu takpe laaa.. kami akan cuba atasi masaalah ni.. kami sedar perkara itu .ok.

  38. THE BOSS said

    ok nampak awak dah rasional c kit kan ok saya terima lah nak borak2 blum boleh lg sebab saya blum ada masa balik lepeh weh,awak tak jawab tubuh wanita td fasal cbuk cerita politik kan jawab nya Rahim betul tak tanya ust awak bila ada kelas ye,i read a little of every paper and magazine,memang lah orang pas rasminya tak baca dn tengok mainstream media,but quietly goes and buy mainstrem papers cos if u don’t read u will be out of news,kena kuar dari tempurung and our gua kan.
    Wasiat Imam Shafie untuk renungan,
    Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya,maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahnya.
    Keredhaan maknusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianngap sudah mencapai jalan kpd mendapat keredhaan mereka.Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.
    Nampak gaya blog ini dah kita monopoli,jd saya nak bagi peluang untuk rakan2 lain get involved so thet we don’t get too personel,right or not,and waalaikum salam to Mat Not.
    PRU akan datang is still long way to go so do all the homework,and maybe ADUN P.Tengku will be confered A datukship day after 2morrow,watch my words.
    OK 2 b continue

  39. Warisan said

    Nak tahu PAS Yang Sebenar!
    (semua orang dah tahu – kecuali ahli PAS ; tak payah nafikan)

    PAS yang ada hari ini ternyata tergelincir jauh dari landasan asalnya apatah lagi apabila kepimpinan mereka sekarang sanggup mengorbankan idealogi, matlamat dan fahaman kononnya mengikut perkembangan semasa lantaran daripada desakan oleh segelintir pihak.

    Perlu difahami bahawa PAS yang mencanangkan kepada rakyat merekalah satu-satunya parti yang benar-benar Islam, berjuang atas syariat Islam dan demi mempertahankan maruah bangsa dan agamanya gagal melaksanakan sebagaimana dikata.

    1. PAS seringkali mendakwa UMNO tersasar daripada landasan Islam yang sebenarnya malahan Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat sanggup membuat tuduhan kepada UMNO dan ahli-ahlinya berkaitan Islam yakni orang UMNO tidak akan masuk syurga.

    2. Lantaran terdesak mendapat sokongan dari kaum lain, Nik Aziz juga baru-baru ini menyatakan sanggup membuka keahliannya kepada mereka yang bukan beragama Islam. Ini kerana, katanya sudah sampai masanya keahlian dibuka kepada bukan Islam selaras dasarnya yang tidak berteraskan perkauman, dan bukan Islam juga boleh memegang jawatan dalam kerajaan jika mempunyai kefahaman mengenai Islam.

    3. Pentadbiran PAS seringkali menimbulkan pertelingkahan dan kesangsian bukan sahaja berkaitan pentadbiran malah juga berkaitan dengan agama Islam.

    4. PAS bertegas menggesa kerajaan sedia ada agar melaksakan hukum hudud sebagai kayu ukur terhadap keislaman para pemimpin UMNO dan sejak dahulu lagi, memang inilah idea yang diketengahkan oleh PAS. Apabila kerajaan berlembut dengan menyatakan tunjuk sebab mengapa perlaksanaan hukum hudud perlu diteliti dan didasari sehingga ke peringkat paling dasar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, PAS menolak alasan terbabit dan terus menuding jari mengatakan UMNO tidak bersungguh memperjuangkan Islam. Hakikatnya, perjuangan memartabatkan Islam bukanlah hanya setakat terletak kepada terlaksana atau tidak hukum hudud di Malaysia.

    5. Pengukuran Islam bagi PAS amat mudah. Penguatkuasaan hukum hudud akan menghalalkan amalan politik wang, mencarut dan memaki hamun, memfitnah serta mengkafirkan saudara sesama Islam yang turut sama mengucap kalimah syahadah. Perjuangan memartabatkan Islam seharusnya dilihat daripada segi pengisian dan sahsiah peribadi terutama dalam kalangan para pemimpin yang menjadi contoh ikutan kepada rakyat sejagat.

    6. PAS pernah mengecam UMNO di atas isu kilang arak di Selangor. Bagi PAS, UMNO tidak serius dalam memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malangnya, hari ini, PAS bertindak jauh lebih teruk daripada UMNO. Bukan hanya setakat bekerjasama dengan DAP yang menolak Islam secara terang-terangan, PAS turut berkompromi dengan mereka dalam pelbagai perkara termasuklah isu kandang babi yang dipelopori oleh para pemimpin DAP.

    7. Lebih teruk lagi, PAS bukan hanya setakat beralah sebaliknya menyatakan sokongan secara terbuka dengan pelbagai nas dan fatwa bagi meyakinkan rakyat bahawa sokongan ke atas usaha menternak babi secara besar-besaran di Selangor bukanlah suatu perkara yang salah sebaliknya jatuh hukum harus untuk bekerjasama dan saling bantu-membantu.

    8. Jika dahulu PAS melarang pengikutnya makan makanan yang disediakan oleh orang-orang UMNO, hari ini PAS berubah wajah. Mereka bukan setakat hanya makan semeja dengan DAP sambil bergelak ketawa tetapi juga turut menyokong parti terbabit, berdiam diri dalam isu azan dan tulisan jawi sehingga ketua muslimatnya pernah dirakamkan memeluk erat wakil rakyat DAP yang disabitkan dengan kesalahan gambar lucahnya.

    9. PAS hari ini semakin tenggelam daripada laungan perjuangan negara Islam terutama dalam beberapa siri pilihan raya kecil lewat belakangan ini kerana kempen pilihan raya mereka kini lebih menjurus kepada misi menjaga hati DAP dan PKR.

    10. Demi undi dan kuasa, PAS sanggup mengambil jalan selamat dengan mengenepikan matlamat perjuangan asalnya. Melihat kepada keadaan PAS kini, parti ini seolah-olah semakin menggugurkan agenda negara Islamnya sesuai dengan tuntutan yang dikemukan DAP. Matlamat telah pun menghalalkan cara di bawah pimpinan sebuah parti yang mendakwa diri mereka adalah umat islam terbaik.

    11. Kalau dahulu PAS dengan lantangnya menentang keras penerbitan Bible dalam Bahasa Melayu, hari ini PAS bukan setakat angguk bersetuju malah turut membenarkan ‘God’ atau tuhan di dalam Bible digantikan dengan perkataan Allah.

    12. Apabila menjelang satu-satu pilihanraya, cogan kata yang di wawarkan ialah ‘Membangun bersama Islam’ tapi apa yang dibangunkannya; masjid sebuah pun tidak mampu dibangunkan seperti di Terengganu semasa pemerintahan PAS begitu juga di Kelantan, ‘Negara berkebajikan’ tapi kebajikan bagaimana yang diberikan kepada rakyat di Kelantan malah Perak juga yang di perintah sepenuhnya oleh PAS sebelum ini dan kini “PAS for all” yang dicanang-canangkan secara realitinya tidak banyak berbeza dengan ideology Malaysian Malaysia DAP. Apakah DAP telah berjaya ‘mensosialiskan’ PAS? Walau apapun, benarlah kata-kata bahawa pada akhir zaman nanti akan wujud golongan ulama yang menjual agamanya demi kesenangan dunia.

    Fikirkanlah sendiri!

  40. THE BOSS said

    FASAL 3 ASAS DAN TUJUAN

    Umno adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita2 kebangsaan melayu demi mengekalkan maruah damartabat bangsa,agam dan negara.
    3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
    3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara,Perlembagaan Negeri2 dan Raja berpelembagaan.
    3.3 Menegak,mempertahan dan mengembangkan islam,agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama. serta di ikuti dengan fasal lain2.

    Nak tanya warisan betul ke tak?
    Nak tanya Kie dalam perlembagan PAS ada tak sebut fasal nak tegakkan negara islam,fasal kalau tak ada jangan cerita lah nak perjuangkan islam,orang umno dah lama perjuangkan islam ni.
    Saya tengok ramai orang yang berjuang dalam pas ini bila dia tak dapat projek,tak dapat rumah murah tak dapat jawatan,bila frust masuk pas,tapi ada jugalah yang memang berjuang dengan ikhlas kerana ayah mereka dulu orang pas.bukan sebab perjuangan sangat pun.ada yang tak dapat baja risda pun masuk pas jugak.walhal baj risda itu peruntukkan kerajaan umno.

    Ahli umno pulak berjuang kerana nak kejar jawatan,projek,pangkat nak dapat dato’nak dapat kerja maintenance sekolah,bekal makanan asrama,berbondong2 lah ahli umno mengejar jimi kerana dia boleh lobi dengan Dato Hisham.

    Maacamanalaah DSN nak hapuskan politik wang.

  41. THE BOSS said

    Salam,macamana sekarang parti pas pun ada masalah besar,terpaksa adakan EGM juga mcm MCA,sebab itu kiat jangan duk sedap kata orang,
    At least MCA,MIC ada CWC,UMNO ada MKT,Pas ada juga CC tai ada orang rasa dia lebih tinggi dari itu semua dan rasa lebih tinggi dari Presiden.
    Kadang2 bila orang dah lama sangat duk di tempat dia boleh jadi nyanyuk,dulu pandai sangat kata Tun Dr Mahathir nyanyuk tapi sebenarnya TGDNAA lagila nyanyuk,HIDUP HADI,NASA,HASSAN.
    KIE mana

  42. Warisan said

    Benarlah apa yang dinyatakan oleh THE BOSS, UMNO sejak dulu hinggalah sekarang tidak pernah menggugurkan perkataan islam dalam idealisme perjuangannya.

    PAS hanyalah parti ultra ekstrim…. tidak pernah konsisten.

    Bacalah kenyataan berikut.

    PAS bersetuju Negara Liberal,demokratik & bebas kata Anwar
    2009 Sep 19
    Oleh AIDCNews

    Anwar Ibrahim sebagai ketua Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kepada media Australia Network bahawa salah satu parti di bawah kawalannya, Parti Islam (PAS)juga turut bersetuju dengan dasar-dasar yang digarisnya untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang liberal, demokratik dan bebas.

    Parti PAS sebelum ini didakwa membawa slogan “Negara Islam”, tetapi telah menggugurkan slogan itu dan diganti dengan slogan “Negara Berkebajikan” sehingga sekarang ini.

    Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Jim Middleton dalam interbiu ‘Asia Pacific Focus’ sebaik sahaja PR memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

    Dalam wawancara itu juga Anwar turut mendedahkan bahawa PAS juga turut bersetuju untuk memusnahkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan diganti dengan dasar baru yang dirancang oleh PKR iaitu Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang berkonsepkan memberi peluang ekonomi sama rata kepada semua kaum.

    Ikutilah wawacara Anwar dan Jim Middleton seperti berikut;

    Soalan- Bagaimana dengan parti pembangkang, PAS, bolehkan anda memegang kuasa tanpa sokongan mereka?

    Sekarang, Pakatan Pembangkang ialah Keadilan, Parti Keadilan, Parti Islam, PAS dan Parti Tindakan Demokratik(DAP). Sekarang kami mempunyai beberapa siri pertemuan, kami sekarang…telah mewujudkan satu pakatan yang lebih mengagumkan.

    Kami telah menandakan agenda kami. Tiada isu untuk mengubah Malaysia mengubah dirinya sendiri untuk menjadi sesuatu yang lain (seperti Negara Islam) selain daripada sebuah negara liberal demokratik dengan perlembagaan dipelihara, kebebasan untuk menentukan yang mana betul dan yang salah, kebebasan bersuara, kedaulatan undang-undang, ekonomi pasaran bebas dan keadilan yang saksama.

    Soalan -PAS telah memansuhkan perbezaan positif untuk kaum Melayu di negeri yang dikuasainya. Pada pandangan anda, adakah ini merupakan satu idea yang baik?

    Sekarang, secara umumnya dasar kami adalah bergerak ke arah Agenda Ekonomi Malaysia. Kami tidak akan, sudah tentu, mengabaikan kepentingan mereka yang dipinggirkan dan miskin, khususnya di kalangan kaum Melayu untuk dilindungi, tetapi pendekatan keseluruhannya perlu baru, satu pendekatan baru perlu diperkenalkan. Bermaksud kita mesti memenuhi keperluan seluruh rakyat Malaysia, dan ini merupakan dasar yang telah diambil oleh PAS dan DAP di Pulau Pinang dan Keadilan di Selangor.

    Soalan – Adakah anda jangka mana-mana kerajaan di mana anda sebahagian daripadanya akan lebih Islamik atau kurang, sekiranya saya dapat katakan seperti itu?

    errrrrr… Pada saya soalan ini tidak relevan. Maksud saya, Islamik dalam erti kata saya bersembahyang dan tidak mengambil minuman keras, ya. Tetapi saya bukan berada dalam keadaan memaksa orang lain bersembahyang dan tidak mengambil minuman keras.

    Sekarang, Islamik dalam erti kata kita membenarkan pelaksanaan kelas-kelas di masjid tetapi kita juga perlu membenarkan perkembangan gereja dan kuil berjalan tanpa diganggu oleh pentadbiran, seperti yang telah kami pantau sebelum ini.

    Tiada soalan untuk merobohkan tokong, atau kuil Hindu. Ini adalah maksud saya kepada lebih Islamik kerana ia sepatutnya menjadi lebih adil dan saksama.

    Soalan – Bagaimana dengan isu undang-undang Syariah. Apakah pendirian anda untuk soalan tersebut?

    Perlu ada ruang, dan mengizinkan orang ramai untuk mempertikaikan dan mengadu termasuk Muslim. Tetapi tidak sama sekali kami izinkan yang bukan Muslim diadili oleh mahkamah Syariah dan bukan Muslim perlu mengizinkan dan diberikan kebebasan untuk diadili di mahkamah sivil.

    Undang-undang Syariah setakat ini hanya untuk undang-undang keluarga Islam…. dan dalam sesetengah isu yang Muslim selesa dengannya, tanpa melanggar perkara-perkara lain.

    Soalan – Ada yang berkata kerajaan yang bakal diketuai oleh anda secara ringkasnya adalah UMNO dalam cara lain?

    Saya adalah seorang demokrat yang liberal. Orang ramai boleh memberikan anggapan. Tetapi kami berada di sini komited untuk satu agenda dan tidak akan berpatah balik. 6 tahun di penjara juga banyak mengajar saya. Anda matang di dalam proses tersebut. Dan anda juga tahu mandat yang diberikan adalah mandat untuk perubahan. Ia bukan satu mandat untuk mengulangi sisa-sisa UMNO. Tiada persoalan mengenai Malaysia yang demokratik, Tiada persoalan mengenai badan kehakiman yang bebas, Tiada persoalan mengenai media yang bebas dan dasar yang adil, dalam ekonomi, dasar sosial kepada semua rakyat Malaysia.

    sumber – AIDCnews

  43. Matnot said

    Betuulll……. bettuullll……bbbeeettttuuulllll

  44. Badang said

    Semua yang dibincang itu benar,kekacauan dalam parti benar pergolakkan dalam parti benar,sehingga ahli jadi pening benar salah kan orang lain benar,semuanya benar.
    Apa komen pemimpin lipis berkaitan dengan mesyuarat khas ko egm ko,Dato Nik Aziz tak datang,memang lah dia sibuk dengan pengulungan dewan, nak dibuat mesyuarat kat KL pulok,mana lah sempat orang tua tu nak pergi,buat la meeting tu kat KB ke kat KT ko,ini jauh sangat.
    Nampak gaya ahli pas dah dorman dalam blog ni pulak, yang aktip ornag luar lak ek,tapi takpo kie dok kato masa ngundi dio cayo kito bersamo dio deh,kito tengok gak.

  45. kie said

    maaf kepada semua.

    internet saya ada problum ckit.dan baru ni saya balik gannu dan semalam baru sampai

    ok insaallah semua soalan akan di jawab
    ok

  46. THE BOSS said

    Welcomeback,ingatkan dah merajuk atau dah malas buat penulisan, orang ganu guane

  47. THE BOSS said

    where’s everybody man,takkan ahli pas kena gagged gak

  48. THE BOSS said

    kie,razali tafri,razali where are you man

  49. Matnot said

    Assalammualaikum..

    Mungkin diaorang tengah sibuk membuat persiapan untuk Seminar Politik Pas Pusat yang akan diadakan pada hari Sabtu, 7 November tu kott..

  50. THE BOSS said

    saya percaya seminar tu tidak ada perkara lain yang akan di bincang pun misti isu wang ehsan,dan royalty sahaja.
    Susah juga kalau orang tak faham boundary negeri masing2 ni,ingat state of kelantan negara sendiri ke.

  51. THE BOSS said

    oh lupa diaorang tu tak terlibat langsung pun saya rasa dengan seminar pada 7hb nanti,tapi ambil bahagian memerhati atau shopping entah lerr kan,atau tempat diaorang dah mula nak kena banjir tak,hehehe jangan marah.nanti kene jual eh eh eh.

  52. Warisan said

    Kepada sesiapa saja yang merasakan dirinya orang melayu islam sila tonton video di youtube berikut…

    Kepada semua orang PAS… belajarlah terima kenyataan dan fakta.

    Dizaman serba pantas ni…. maklumat berada dimana-mana.

    http://www.youtube.com/results?search_query=pas+terpesong&search_type=&aq=f

    Selamat menonton ketiga-tiga siri tersebut.

  53. THE BOSS said

    nanti dia orang tengok video lain lak,banyak video yang macam gaya tu,nanti ketor pula belaka,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: