PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 17 February 2014
      1.kain rentang bertulis ‘Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah’ (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas. 2.’molotov cocktail’ atau bom botol di pekarangan sebuah gereja … Continue reading →
    • Untitled 5 August 2013
      Boleh dikatakanSetiap hari emak bapa dtg ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat. Minta bantuan utk pendaftaran anak ke IPTA yg mesti dibayar RM1900 sebelum daftar. Hdk buat mcm mana PRU 13, org Melayu tolak tawaran PR. Yg terima tawaran PR org … Continue reading →
    • Eratkan Ukhwah Kukuhkan Jamaah 14 June 2013
      Eratkan Ukhwah Kukuhkan JamaahIdris Hj Ahmad13/6/13 Apabila Baginda Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, tiga perkara asas yang baginda lakukan iaitu mendirikan masjid, mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar, menegakkan syariat Allah. Ukhwah diberi perhatian yang lebih kerana ia adalah tonggak … Continue reading →
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Khas untuk mat not yang nampak ikhlas bertanya: bacalah untuk mencari kebenaran bukan untuk berdebat mencari siapa pemenang. Okay dear?

Posted by paslipis on 15 September 2009

Artikel ini diterbitkan di al-Banjari Online bagi menjawab beberapa komen daripada penyokong UMNO-BN yang mempersoalkan jalinan politik yg dilakukan oleh PAS dengan parti DAP dan PKR, melalui ruang komen di blog wak. Diwaktu yang lebih relax ini wak paparkan jawapannya. Maaf, artikel ini memerlukan masa yang agak panjang untuk bacaan. Seandainya terdapat mana-mana bahagian yg tidak lengkap, mohon sembah derhaka kepada para2 pandai agama memberi pandangan ( al-banjari) Usharlah, di mana-mana, khususnyadi ruang komen blog-blog pro jamaah Islam, sudah pasti akan kita ketemu dengan komen-komen dan respon daripada mereka yang mempersoalkan tentang kerjasama Parti Islam Se-Malaysia ( PAS) sebagai sebuah badan politik Islam dengan badan-badan politik sekular khususnya parti Democratic Action Party ( DAP ) dan Parti Keadilan Rakyat( PKR) tidak ketinggalan juga badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) terutamanya yg sering disebut sebagai Hindraf. Saya percaya bahawa mereka-mereka yang memberi komen dengan menyatakan kononnya kekesalan atau persoalan tentang kerjasama politik yang dilakukan oleh PAS dan rakan-rakan politik yang lain adalah dari kalangan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan kekalahan yang mereka alami pada PRU-12 maka dengan kejahilan mereka tentang ilmu kerjasama politik dalam Islam maka mereka bersuara dengan mepersoalkan tindakan PAS itu dengan cuba menimbulkan semula ‘kritikan2 PAS terhadap UMNO yang berkerjasama dengan parti-parti sekular lain’. Maka pendokong atau penyokong UMNO ini bertindak menyerang blog-blog pro-PAS / Pakatan Rakyat dengan mengatakan bahawa tindaskan PAS ini adalah satu tindakan “ cakap tak serupa bikin” bahawa kununnya dahulu PAS lah yang mengkritik UMNO ber”mati-matian” sehingga timbullah apa yang di istilahkan oleh orang UMNO bahawa “PAS mengatakan UMNO kafir kerana UMNO berkawan dengan parti politik KAFIR”. Antara pemimpin PAS ketika itu yang kuat mengkafirkan UMNO adalah Naib Presiden PAS, Dato’ Hj Nakhaie Bin Hj Ahmad. Namun kemudian beliau menyertai UMNO yang pernah dikafirkannya itu dan mengisytiharkan keluar dari PAS walaupun rumahnya masih di dalam kawasan Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar sehingga kini. Amanat Haji Hadi juga merunsingkan UMNO, jelas di dalamnya, Tuan Guru Haji Hadi menekankan bahawa dasar UMNO yang sekular itu adalah terkeluar dari batas-batas iman dan kufur, maka UMNO jugalah yang mula mengistilahkan bahawa PAS telah mengkafirkan UMNO . Sebenarnya istilah ’sensasi’ ini dipopularkan oleh UMNO, bukan PAS. Ia jelas. Maka mulai dari saat itu momokan UMNO berterusan dengan isu PAS mengkafirkan UMNO dan terus menyalahkan PAS atas alasan PAS mengkafirkan sesama Islam walhal perkara pokoknya adalah dasar UMNO itulah yang kufur bertentangan dengan dasar yang dibawa oleh PAS. Oleh kerana Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dan parti-parti komponennya yang lain adalah sama sahaja dasar sekularnya, maka kerjasama UMNO dan parti komponen BN yang lain sudah pastilah berjuang menegakkan apa- apa jua sistem dengan fahaman sekular. Kerjasama sekular BN inilah yang sering menjadi perbahasan antara UMNO dan PAS dari sudut syar’ ienya. PAS berpendirian bahawa bekerjasama atas dasar sekular tambahan pula kerjasama itu adalah untuk terus melakukan kezaliman dan penyelewengan, maka ia adalah satu kerjasama yang kufur jika dipandang dari sudut Islam. PRU-12 menyaksikan parti-parti pembangkang berjaya menafikan 2 PAS-PKR-DAP berjaya membentuk kerajaan campuran di Kedah ( 16 Pulau Pinang ( 19 18 DAP- 7 PKR – 6 PAS ) dan Selangor ( 15 PKR- 13 DAP- 8 PAS ) manakala di Kelantan PAS terus mendominasi majoriti DUN Kelantan dan mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan. Bermula di Perak apabila timbul isu perlantikan MB dari PAS, seterusnya ketiga-tiga parti ini membuat keputusan untuk bergabung dengan menamakan gabungan ini sebagai Pakatan Rakyat. Cemburunya UMNO melihat perkembangan ini bukan kepalang. Dengan memanipulasikan kuasa media, UMNO secara halus memainkan peranan untuk mewujudkan suasana “was-was” dikalangan masyarakat umumnya juga dikalangan ahli-ahli PAS khususnya tentang tindakan PAS ber” kawan” dengan DAP. UMNO melalui media memainkan isu anti-Melayu dan anti-Islam yang kununnya dibawa oleh DAP yang nyata berlawanan dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Tidak ketinggalan juga di dalam ruang komen dalam blog-blog yang dikendalikan oleh pimpinan mahupun ahli atau penyokong PAS, para peng”komen” ( boleh jadi upahan) berperanan melakukan perang psikologi terhadap pembaca blog yang rata-rata dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat khasnya penyokong PAS. Mereka-mereka ini (baca : orang2 kecewa) berlagak seolah-olah mereka ini adalah penyokong PAS, bahkan ada yang mengaku sebagai ahli PAS, menulis respon dengan menyatakan bahawa mereka kesal dengan suasana terkini berkenaan hubungan PAS dan DAP dengan sandaran hujahnya, ‘ dimana islamiknya ? atau sebaliknya. Malah ada juga yang menyatakan rasa ragu-ragu dengan PAS yang di”dokongi” selama ini dan ada juga yang menyatakan rasa menyesal kerana menyokong PAS kerana terasa ter”tipu” dengan tindakan dan keputusan PAS mengukuhkan hubungan bersama DAP dan juga PKR. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, tambah pula hubungan politik yang berlainan dasar ( akidah dan idealogi ). Sudah pastilah ada satu dua mungkin banyak perkara yang menjadi pertikaian antara parti-parti yang berlainan dasar. Kesempatan inilah UMNO mengambil peluang “cucuk jarum” dengan cuba melaga-lagakan parti-parti Pakatan Rakyat, malah cuba masuk ke dalam organisasi untuk melemahkan hubungan di antara pimpinan sama ada bermula dari peringkat cawangan, kawasan mahupun pusat. Suara-suara UMNO yang berusaha menyebarkan salah faham terhadap kerjasama politik sedikit sebanyak menimbulkan suasana tidak sihat antara ahli-ahli PAS khususnya walhal perkara ini disensasikan oleh UMNO. Boleh jadi juga dengan cara ini, UMNO berusaha menjauhkan pengundi Melayu atas pagar dengan harapan mereka ini berpersepsi bahawa PAS dan UMNO sama sahaja, dan cuba mewujudkan persoalan di dalam minda mereka ini bahawa PAS buat kerja yang sama yang UMNO buat dan PAS mengatakan kerja-kerja yang UMNO buat adalah kafir sedangkan kini PAS pula yang bekerjasama dengan parti kafir. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan orang- orang UMNO bahawa PAS sudah buang dasar perjuangannya untuk menubuhkan Negara Islam semata-mata untuk mendapat sokongan non-Muslim.

Apakah kerjasama politik PAS dan UMNO sama?

Sudah tentu tidak sama bahkan jauh bezanya seperti bezanya dunia dan akhirat, dosa dan pahala malah syurga dan neraka. Untuk mendapatkan kuasa boleh jadi bersendirian dan boleh jadi berkawan. Umpama mahu mengorek telaga untuk mendapatkan sumber air masing masing manusia mahukan air untuk terus hidup. Maka mengali telaga berseorangan boleh jadi berjaya jika kudratnya tidak ada hadnya. Namun jika kudratnya amat terbatas, maka tidak salah mengajak seorang dua manusia lain untuk membantu mengorek telaga untuk kegunaan dan kemaslahatan anak cucu mereka. Contoh mudah yang diberikan, jika masih dungu tak boleh nak faham, humban saja ke dalam telaga yg digalinya itu. Maka sudah pastilah ianya amat berbeza dengan segolongan 14 bekerjasama menimbus telaga untuk menyusahkan hidup orang lain. Maka dalam politik, dengan kemampuan yang terbatas untuk mendapatkan kuasa, maka kalau ada kawan lain yang sama-sama berjuang mengeakkan keadilan dan menolak kezaliman, maka Islam meyediakan sadu kaedah kerjasama politik dengan mereka yang berlainan dasar tapi ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama dengan apa yang dinamakan sebagai tahalluf siyasi. Perbahasan Tahaluf Siyasi dalam Islam Tahaluf ialah Perjanjian Persefahaman bagi kerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan atau musuh. Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S. A.W dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya sebuah negara Islam. Perkara ini juga berlaku dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib yang berlaku sebelum Hijrah juga persefahaman dengan Qabilah Khaza’ah selepas Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah S.A.W mengiktirah Half Al-Fudul yang berlaku pada zaman Jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorag lelaki dari Kabilah Zubaid di zalimi oleh ‘Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan namun tiada siapa yang sanggup menolongnya. Lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa tersebut, Rasulullah S.A.W telah bersabda mafhumnya; “Daripada Thalhah bin Abdullah Bin ‘Auf, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda; “ Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga ) , jikalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku akat menyahutnya” Oleh itu Tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan gerakan Islam menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang terperinci perlu dilakukan dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengar dasar Islam yang wajib ditegaskan dalam semua keadaan.

Hukum Tahaluf
Tahaluf diizinkan oleh syari’at berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, perlu dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah S.A.W dan tahaluf yang ditolak oleh baginda. Syarat-syarat Tahaluf 1) Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan dasar perjuangan. Dalil- dalilnya ialah; a) Hubungan Rasulullah S.A.W dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib, khususnya Abu Thalib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah S.A.W sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Namun pernah Abu Thalib membuat kenyataan seolah- olah supaya Rasulullah S.A.W bertolak ansur dalam perkara dasar, lalu dengan tegasnya Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya; “Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kriku agar aku meninggalkan urusan ini ( menegakkan Islam ), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agama-Nya atau aku mati kerana-Nya” Akhirnya Abu Thalib dan keluarganya kecuali Abu Lahab mengambil keputusan untuk mempertahankan rasulullah S.A.W. b) Hubungan Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘ Anhu dengan Ibnu Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Perkara ini terjadi apabila Ibnu Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya beliau jangan membaca Al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam. Contoh maslahat yang diizinkan. a) Ke arah mendaulatkan Islam dan perlaksanaan syari’atnya. Dalam situasi kegagalan fahaman-fahaman sekular dan kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang-orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam fahaman sekular dan juga dari kumpulan non-muslim yang yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah di adakan satu hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan parti politik Islam di dalam pilihanraya, dalam persidangan-persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk memluk Islam ( tetapi mengambil peluang berdakwah memperkenalkan Islam dan membetulkan salah faham mereka terhadap Islam kepada gambaran Islam yang sebenar ) Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah dengan orang-orang Yahudi. b) Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan akhlak. Apabila perkara ini mula dirasai akan kesan dan akibatnya kepada semua golongan dan lapisan masyarakat termasuklah golongan non-muslim, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah S.A.W mengiktiraf Halfu Al-Fudul serta mengakui pakatan persefahaman golongan yang menentang Perjanjian Pemulauan ke atas keluarga Rasulullah S.A.W walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; Diriwayatkan daripada Jabir Radhiyallahu ‘Anhu katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya kaum muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai kaum Muhajirin..!!! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai kaum Ansar…!!!. Setelah mendengar suara begitu maka Rasulullah S.A.W keluar dan telah bersabda: ” Ada apakah panggilan seperti jahiliyah ini…?” Mereka menjawab: ” Tidak ada apa-apa ya Rasulullah. Hanya ada dua orang anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya.” Rasulullah S.A.W bersabda: ” Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah membelanya.”( Hadith riwayat Muslim) 2) Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan dasar dan matlamat perjuangan. Dalilnya, i) Rasulullah S.A.W telah menangguhkan Tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sama mennegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Perkara ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidak sanggupan untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi Kabilah Arab sahaja. ii) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam. 3) Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka. Diantaranya ialah kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ” Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meningglkan orang-orang beriman. Dan sesiapa yang melakukan ( larangan ) yang demikian maka tiadalah ia ( mendapat perlindungan ) dari Allah dalam suatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka ( yang kafir itu ). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya, dan kepada Allah jualah tempat kamu kembali” ( Surah Ali ‘Imran ayat 28 ) Berwala’ maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha disamping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya. Muwada’ah. Di sana wujud satu titik persamaan secara sementara waktu dengan golongan bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan terdapat juga ‘ulamak meletakkannya dalam perkara hadanah ( gencatan senjata ). Disebut di dalam kitab ” Syarah Muhazaab ” yang dikarang oleh Imam An-Nawawi, diantara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para ‘ulamak berselisih pendapat dalam menentukan tempoh masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah ( diantaranya ialah kerana orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah ). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudharatnya lebih banyak dari maslahat, maka ianya adalah tidak diharuskan. Isti’anah ( meminta bantuan dan pertolongan ). Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji menolong mereka. 1. Mereka menolong kita : Menurut Shaikh Sayyid Saabiq dalam kitabnya “ Fiqhussunnah”, adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafiq dan fasiq kerana Rasulullah S.A.W pernah membenarkan Abdullah Bin Ubai Bin Salul (seorang munafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Begitu juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang tentera Parsi. Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat perselisihan pandangan di kalangan fuqaha’: a) Imam Malik dan Imam Ahmad Bin Hanbal tidak mengharuskannya secara mutlak. b) Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan. c) Imam As-Syafi’e mengharuskannya dengan syarat: * Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan yang lemah. (*)Apabila didapati bahawa orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadap Islam, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan di beri imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah. 2) Kita menolong mereka. Menurut Al-Zarkashi di dalam kitabnya “Al- Mabsut”, dan Al-Syaibani di dalam kitabnya “Al- Siyar Al-Kabir”, Rasulullah S.A.W menghantar tamar ‘Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika bumi Makkah dilanda kemarau. Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauwziyyah di dalam kitabnya, “Zad Al-Ma’ad “, apabila Sumamah bin Al-Sal Radhiyallahu ‘Anhu, pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulullah S.A.W menasihatkan Sumamah menghentikan sekatannya. Rumusan Penting : Tahaluf Siyasi dapat dibahagikan menurut keadaa berikut: 1) Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat ; * Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam. * Mengiktiraf negara Islam. * Menerima perlembagaan Islam dan Syari’ atnya. 2) Tahaluf Siyasi tanpa membentuk negara ; * Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar. * Maslahah bersama untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. * Berlindung sementara ketika lemah * Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan gerakan Islam. Begitulah sedikit sebanyak perbahasan berkaitan Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik yang dianjurkan oleh Islam yang menjadi panduan kepada mana-mana gerakan Islam termasuk PAS dalam menghadapi tekanan daripada musuh politiknya khusunya UMNO dan Barisan Nasional. Jawapan dari Rumusan dalam konteks politik negara : Melalui perbahasan di atas, nyatalah perbezaan kerjasama dan persefahaman politik antara PAS dan UMNO sangatlah jauh berbeza. Oleh kerana UMNO kini amat terdesak dengan kedudukannya yang amat lemah ditambah pula pergaduhan merebur jawatan sesama mereka, jalan untuk melihat pesaing politiknya, khususnya PAS adalah dengan menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Melayu atas pagar dan juga penyokong PAS itu sendiri yang kurang terdedah dengan ilmu dan perbahasan berkaitan Fiqh Haraki dengan harapan mahu melihat akhirnya penyokong PAS beralih arah kepada UMNO atau cuba mempengaruhi pimpinan PAS di peringkat bawahan terutama golongan muda untuk meragui pimpinan peringkat atasan dan menimbulkan hubungan tidak baik antara pimpinan dan ahli PAS. UMNO bekerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain atas dasar sekular, bekerjasama mempertahankan kezaliman, bekerjasama menutup penyelewengan dan penindasan yang mereka lakukan, bahkan sama- sama bekerjasama menolak Islam walaupun UMNO kadang-kadang mengaku menjadi pejuang Islam. Sebalinya PAS menggunakan kesempatan ini bersama-sama PKR dan DAP bekerjasama dalam isu keadilan, kebenaran, menentang kezaliman, menentang penyelewengan, menentang rasuah menentang korupsi, menentang penyalahgunaan kuasa dan sebagainya walaupun ada beberapa perkara dilihat tidak sekata namun peluang dan masa harus diberikan untuk mereka memahami hakikat bahawa Islam adalah untuk semua setelah 51 UMNO dan BN lah yang selama ini menipu non- muslim tentang Islam, memberikan gambaran buruk tentang Islam maka denga kesempatan kerjasama politik ini, wajib bagi kita pejuang Islam, menguatkan lagi usaha dakwah agar mereka ini, rakan-rakan kita di dalam pakatan rakyat yang non-muslim, dapat menerima Islam sebagai cara hidup mereka dan setidak-tidaknya mereka menghormati dan mengetahui bahawa Islam menjamin kehidupan mereka sekalipun mereka tidak akan menganut Islam. Wallahu A’ alam. (sumber : al-Banjary)

19 Responses to “Khas untuk mat not yang nampak ikhlas bertanya: bacalah untuk mencari kebenaran bukan untuk berdebat mencari siapa pemenang. Okay dear?”

  1. Matnot said

    1. Terima kasih kerana meng’copy & paste’kan petikan blog tersebut. Boleh menambahkan ilmu pengatahuan. Saya pun pernah melayari laman blog nie. Saya tak ada apa-apa komen terhadap jawapan tersebut.

    2. Namun begitu, soalan saya yang sebenar masih belum terjawap. Saya masih mengharap pendapat/ulasan/komen rasmi PasLipis mengenai soalan saya dahulu. Oleh keran saya tinggal di Lipis, maka laman blog inilah Pas Perlimen Lipis inilah saya anggap saluran yang sesuai untuk saya merungkai kekeliruan saya ini. Soalan saya duhulu seperti berikut : -

    “KERTAS Putih bertarikh 8 November 1984 melaporkan bahawa Dewan Ulama Pas yang bersidang pada pada Ogos 1963 di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut:-

    ”Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”.

    - Apakah pendapat/ulasan/komen rasmi PasLipis menegenai perkara diatas dalam konteks ini dalam senario politik sekarang??

    - Saya baru-baru ini mendengar rakaman ceramah agama/politik dari seorang ustaz (yang saya yakin dari Parti PAS)yang mengambarkan seolah-olah jika orang islam bersalam/ bersekutu/ menghormati/ bekerja dengan orang kafir, maka orang islam menjadi berdosa/menjadi kafir jugak.

    3. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan saya untuk mendapat jawapan/komen/ulasan yang boleh dikatakan rasmi dari Pas Parlimen Lipis sendiri dan bukannya mengambil petikan daripada mana-mana laman blog pihak lain.

    4. Dengan adanya jawapan rasmi itu, insyaallah, saya yakin ia akan dapat menunjukkan kredibiliti Pas Parlimen Lipis dalam menangani persoalan seperti ini dikalangan penduduk Lipis khasnya dan penduduk Pahang amnya.

    5. Disamping itu juga secara tak langsung dapat membuktikan laman blog ini benar-benar merupakan media/lidah rasmi mewakili Pas Parlimen Lipis yang sebenar dan bukannya dari individu/orang perseorangan yang menggunakan nama Pas Parlimen Lipis.

    5. Sekian, terima kasih..

  2. kie said

    terima kasih kpd matnot.

    kalau dapat saudara hantarkan kepada kami kertas putih dan salinan ceramah tersebut. ini untuk kami mengatahui kesahihan perkara perkara tersebut. setelah kami selidiki insaallah kamiakan beri komen setakat mana yang kami boleh huraikan.

    lagi satu cadangan , saya menjemput saudara ke program penerangan dan mejlis ilmu yg kami adakan 2 kali sebulan yg disampaikan oleh pimpinan tertinggi pahang . di situ dapatlah saudara tanyakan sebarang soalan untuk di jawab . insaalalh kekusutan akn terlerai. jika ada halangan untuk bertanya secara lisan boleh laa sdr bertanya dengan cara menulis.

    ok tq. jumpa lg

  3. Paslipis said

    Matnot.

    Jujurnya kami tidak mempunyai pengetahuan tentang pekeliling tersebut. Mungkin betul ataupun tidak dan jika betul pun hukum bekerjasam dengan orang kafir itu adalah mengikut beberapa syarat. Kerjasama umno dan parti2 mca mic n etc adalah tunjangnya tidak islamik. Umno itu sendiri dasarnya adalah tidak islam. Maka ikut celah manapun haram sokon b.N. Berbeza hubungan pas dengan dap n pkr. Asas dan dasar pas ialah islam. Selagi mana kerjasama itu memberi manfaat kepada islam maka dia harus untuk bekerjasama.

    Dalam hal ustaz yang awak dengar tu. Harus hukumnya bersalam,bekerja,menghormati orang bukan islam tapi semuanya ada syaratnya. Iaitu selagi ia tidak melanggar syarak maka takda masalah. Contohnya kalu orang islam itu bekerja membuat atau menjual arak. Sudah pasti haram. Begitu juga dalam kita menghormati orang bukan islam. Jangan sampai kita mengiyakan agama mereka, membenarkan atau bersetuju dengan agama mereka. Kerana itu bermakna kita menafikan bahawa hanya islam adalah agama yang diterima allah.
    Saya tidak dapat komen detail sebab awak hanya tulis apa yang awak paham dari ceramah ustaz tu. Bukan kenyataan asal beliau. Mungkin apa yang beliau maksudkan berbeza dengan apa yang awak paham.
    Penulis ialah muhamad izwan k.Penerangan pas lipis

  4. Matnot said

    Assalammulaikum…

    - Terima kasih Kie. Tu la, mungkin jugak sumber2 kaweh tu boleh dipertikaikan kesahihannya. Maklum lah dengan perkembangan IT sekarang nie. ‘Maklumat dihujung jari anda katanyer.. Sape2 pun boleh menyebarkan maklumat tersebut. Kalu nak copy & paste kat sini, payah jugak. Sebab panjang berjela2. Email la senang.. Email Kie mcm mana??

    - Terima kasih diatas pelawaan tersebut. Bila dan dimana majlis yang terkini akan diadakan. Kalu ada kesempatan, boleh jugak kaweh datang.

    Okey la..
    Terima kasih bebanyak sekali lagi Kie..
    Jgn lupa kasik alamat email..
    Assalammualaikum..

  5. Matnot said

    Kepada :
    Ketua Penerangan Pas Lipis

    Assalammualaikum..

    1. Adalah sesuatu yang amat malang jika kenyataan saudara iaitu ‘Jujurnya kami tidak mempunyai pengetahuan tentang pekeliling tersebut’ dianggap jawapan kepada soalan saya tempoh hari. Saya berasa amat kecewa kerana bukan jawapan yang saya dapat, tetapi saya dituduh/digambarkan sebagai seorang ahli UMNO dan lebih teruk lagi menjatuhkan ’hukuman’ kepada BN. Saya bukannya mewakili mana-mana parti politik. Saya cuma hendak mendapat pandangan/ulasan dari PAS Parlimen Lipis mengenai perkara ini.

    2. Dengan perkembangan teknologi maklumat sekarang dan dengan adanya kemudahan internet, cuma dengan beberapa ‘klik’ sahaja, segala maklumat yang kita cari akan dipaparkan. Bukan maksud saya untuk memberi tunjuk ajar kepada saudara, tetapi itulah realitinya. Namum saya pasti, saudara telah maklum tentang perkara tersebut sesuai dengan kapasiti saudara sebagai Ketua Penerangan Pas Lipis. Mungkin masa yang tidak mengizinkan untuk saudara berbuat demikian.

    3. Mengenai petikan ceramah tersebut, saya akui mungkin ada kelemahan dipihak saya untuk memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh ustaz tersebut. Namum saya pasti itulah message yang diterima oleh yang mendengar petikan ceramah beliau.

    4. Terlintas pula difikiran saya, bagaimana hukumnya saya sebagai seorang penjawat awan yang bekerja dibawah pemerintahan Kerajaan BN yang disifatkan sebagai ’haram’ tu. Halal @ tidak gaji saya??

    Sekian, terima Kasih
    * Saya lebih tertarik dengan jawapan, cara dan gaya bahasa serta pendekatan yang diberikan oleh Kie.

  6. kie said

    matnot

    c_hirry@hotmail.com

    kuliah
    1. setiap sabtu minggu ke 3
    – terkini 17hb oktb 2009.magrib
    – utd junaidi( su pemuda pahang)
    – tajuk aqidah muslim.
    – markaz tempoyang
    2. setiap ahad minggu pertama
    – terkini 1hb nov 2009.magrib
    – utd yusuf embong( timbalan pesuruhjaya pas pahang)
    – markaz pas padang tengku kg telemin

  7. Matnot said

    Asslammualaikum..

    Terima kasih Kie..

    Insyaalah jika ada masa kesempatan, saya akan hadir.

  8. muhamad izwan said

    tq mat not.. saya tak kisah pun awak nak ajar saya.. saya boleh je diajar…

    pertama sorila kalau awak tidak selesa dengan cara penulisan saya:

    untuk makluman saya dah pun search di google tentang kertas putih tersebut; malangnya info yang saya dapat tidak memuaskan , bukan dari sumber yang sahih dan boleh dipertanggungjawabkan.. jadi saya tidak mahu mengambilnya sebagai hujah saya. okaylah beginilah mat not sudah dinyatakan berkali kali baik saya pastekan maklumat yang lebih ilmiah juga pendapat peribadi saya tentang isu kerjasama tersebut.. isunya yang kita bincang berjela jela ini adalah isu kerjesama dengan orang bukan islam. samada untuk memerintah negara dan juga kita berpolitik. bagaimana hukumnya kerjasama tersebut??

    hujah mudahnya : kerjasama itu dibolehkan asalkan memberi manfaat kepada islam.tetapi mesti dengan bersyarat.

    Syarat-syarat kerjasama dengan orang kafir 1) Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan dasar perjuangan. Dalil- dalilnya ialah;

    a) Hubungan Rasulullah S.A.W dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib, khususnya Abu Thalib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah S.A.W sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Namun pernah Abu Thalib membuat kenyataan seolah- olah supaya Rasulullah S.A.W bertolak ansur dalam perkara dasar, lalu dengan tegasnya Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya; “Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kriku agar aku meninggalkan urusan ini ( menegakkan Islam ), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agama-Nya atau aku mati kerana-Nya” Akhirnya Abu Thalib dan keluarganya kecuali Abu Lahab mengambil keputusan untuk mempertahankan rasulullah S.A.W.

    b) Hubungan Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘ Anhu dengan Ibnu Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Perkara ini terjadi apabila Ibnu Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya beliau jangan membaca Al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam.

    Contoh maslahat yang diizinkan.

    a) Ke arah mendaulatkan Islam dan perlaksanaan syari’atnya.

    Dalam situasi kegagalan fahaman-fahaman sekular dan kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang-orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam fahaman sekular dan juga dari kumpulan non-muslim yang yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah di adakan satu hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan parti politik Islam di dalam pilihanraya, dalam persidangan-persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk memluk Islam ( tetapi mengambil peluang berdakwah memperkenalkan Islam dan membetulkan salah faham mereka terhadap Islam kepada gambaran Islam yang sebenar ) Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah dengan orang-orang Yahudi.

    b) Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan akhlak.

    Apabila perkara ini mula dirasai akan kesan dan akibatnya kepada semua golongan dan lapisan masyarakat termasuklah golongan non-muslim, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah S.A.W mengiktiraf Halfu Al-Fudul serta mengakui pakatan persefahaman golongan yang menentang Perjanjian Pemulauan ke atas keluarga Rasulullah S.A.W walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; Diriwayatkan daripada Jabir Radhiyallahu ‘Anhu katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya kaum muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai kaum Muhajirin..!!! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai kaum Ansar…!!!. Setelah mendengar suara begitu maka Rasulullah S.A.W keluar dan telah bersabda: ” Ada apakah panggilan seperti jahiliyah ini…?” Mereka menjawab: ” Tidak ada apa-apa ya Rasulullah. Hanya ada dua orang anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya.” Rasulullah S.A.W bersabda: ” Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah membelanya.”( Hadith riwayat Muslim

    berkenaan dengan kertas putih tersebut ia ditujukan kepada umno dan b.n yang mana kerjasama mereka tidak berlandaskan dasar islam dan tidak memberi manfaat kepada islam secara menyeluruh. saya akui memang umno ada buat islam tetapi ia tidak secara menyeluruh. islam itu sempurna, ia perlu dilaksanakan secara menyeluruh.kerjasama PAs dan pakatan adalah bersyarat. Syaratnya kepeimpinan islam mesti mendominasi.

    begitu pula dengan isu makan gaji dengan kerajaan. begini yang dikasihi mat not, yang haram adalah menyokong b.n, kerana umno bn tidak melaksanakan keadilan kepada semua rakyat, tidak menjalankan syariat Islam secara menyeluruh. tetapi makan gaji adalah dengan kerajaan. kerajaan dan parti adalah dua institusi yang berbeza. duit kerajaan adalah duit kita semua duit saya duit mat not yang kukasihi,dan duit semua rakyat yang dikutip melalui cukai. jadi tiada maslah dalam hal tersebut.(saya kerja sendiri je tak makan gaji pun)

    erm kalau agak payah berchating macam ini kita berjumpalah dimana mana. saya bersedia untuk berkongsi pendapat dengan mat not… erm saya yakin awak memang ikhlas.. maaf jika sebelum ini berkasar bahasa.

  9. Paslipis said

    Email saya muhamadizwan@gmail.com
    telepon 0192602219
    #minta jasa baik mat not yang budiman untuk paste atau mail kan kertas putih tersebut. Tq. Semoga allah merahmatimu

  10. Paslipis said

    Kesimpulan, kerjasama atau berkongsi kuasa untuk memerintah negara boleh jika:

    1.membawa maslahah dan tidak mengikat shingga meninggalkan dasar

    2.mengakui kepimpinan islam dan tidak menjejaskan dsar dan mtlmt perjuangan.

    3.Tidak berwala atau taat kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka

    dan ia tidak boleh bekerjasama jika tidak memberi manfaat kepada islam dan tidak berlandaskan islam.

  11. Matnot said

    Assalammualaikum..

    Terima kasih. Saya akan emailkan perkara tersbut..

  12. komeh said

    salam,
    rajin2 update blog

  13. THE BOSS said

    Nasib baik tak kemeh,orang sarawak kalau nak buang air,mereka aku sik tahan nih aku nak kemeh.he hehe

  14. komeh said

    deme pun nasib baik bukan BOSSIA…lain maknanya nanti..hahaha

  15. albafuni said

    salam…

    Allamdulillah sekian lama saya memerhati dan melihat gelagat teman-teman dalam blog ini, ehm saya gembira kerana perbincangan begini mendatangkan satu perkara yang bai iaitu menjana pemikiran serta bersedia menghadapi isu-isu dengan hujah yang benar dan mantap.

    seterusnya kepada temanku matnot, the boss dan shbt2 len, jika anda ikhlas insyaAllah Allah pasti temukan anda dengan kebenaran.

    psanan akhir saya buat teman-teman, Dalamilah ilmu agama kerna Jika Allah nak kebaikan kepada seseorang itu, Allah akan memahamkan ia ttg agama. jadi, buat mat not dan teman-teman datanglah ke majlis-majlis ilmu yang telah anda janji denagn sdr kie atau pun mana-man majlis ilmu yang lain. kelak pasti anda akan faham bagaiman cara politik Islam yang sebenar(Siyasah Syariah).

    Allahummaftaf alaik…..

  16. Matnot said

    Asslammualaikum..

    Jawapan dan penjelasan iklas dan mesra dari sdr kie dan sdr izwan mengenai kekeliruan saya baru2 nie sedikit sebanyak telah dicacatkan oleh mat Albafuni. Dia seolah-oleh menganggap dia lebih baik, lebih islam dari orang lain..

  17. THE BOSS said

    Dunia ini masalahnya ialah bila ada orang rasa dia lebih cerdik,lebih alim,lebih berilmu dan dia lah yang paling banyak kolam,itulah yng sukarnya.nasib baik tak jadi albapuk neh

  18. Warisan said

    Selamat menonton…..

    http://www.youtube.com/results?search_query=pas+terpesong&search_type=&aq=f

    Timbang-timbang…. sesat dihujung jalan… kembalilah ke pangkal jalan.

    Jangan sampai nasi dah menjadi tahi.

    Jangan asyik.. “Take Beer” dan baca “h ARAK ah” aje!

  19. warisan said

    as

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: