PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Kerajaan BN Pahang bentang bajet defisit 12 tahun berturut-turut

Posted by paslipis on 19 November 2009

Saturday : 14 November 2009 | 7:49 pm |
sidangonline
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob membentangkan bajet defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut bagi tahun 2010, pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12, di bangunan Dun, Jumaat lalu.
Bagaimanapun menurutnya, ia berkurangan kepada RM92.48 juta berbanding defisit tahun lalu, RM98.61 juta.
Beliau berkata, sebanyak RM814,365,760 diperuntukkan dalam bajet 2010 membabitkan RM571,871,950 untuk Perbelanjaan Mengurus dan sebanyak RM242,493,810 bagi tujuan Perbelanjaan Pembangunan.
”Bajet bagi 2010 masih dalam keadaan defisit iaitu RM92,481,950,” katanya.
Adnan berkata sumbangan ekonomi negeri itu masih lagi berasaskan pertanian dan industri asas tani.
Bagaimanapun, katanya, berlaku sedikit perubahan kepada struktur ekonomi negeri apabila sumbangan sektor pembuatan mengatasi sektor perkhidmatan.
Katanya, sektor pembuatan menduduki tangga kedua berbanding tangga ketiga sebelum ini dan ini membuktikan struktur ekonomi negeri sudah bergerak ke arah aktiviti ekonomi peningkatan nilai tambah.
“Dalam aspek pendapatan per kapita pada tahun 2005 pula ialah RM6,648. Kerancakan aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, jumlah itu dijangka meningkat kepada RM8,245 pada tahun depan,” katanya.
Beliau berkata, strategi bajet bagi tahun depan ialah mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Adnan berkata, beliau ingin membetulkan persepsi bahawa kononnya negeri ini masih mempunyai tanah luas.
Sebenarnya, sebahagian besar keluasan tanah negeri ini yang berkeluasan kira-kira 3.6 juta hektar dirizabkan untuk Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai,” katanya.
Kerajaan Negeri berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan pewartaan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dilaksanakan selaras dengan kehendak dan dasar :Kerajaan Persekutuan.
Katanya, sehingga kini kerajaan mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai kawasan tadahan air dengan tidak membenarkan semua aktiviti pembalakan sedangkan nilai komersial hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.
“Saya berharap kesanggupan Kerajaan Negeri berkorban demi kepentingan negara dengan wartakan kawasan begitu luas sebagai tadahan air, akan diberi perhatian serius Kerajaan Persekutuan.
:“Jika semua kawasan hutan negeri ini dihapuskan, ia bukan sahaja jejaskan bekalan air negeri ini tetapi bekalan air ke Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak terjejas kerana paras air sungai utama di negeri-negeri berpunca kawasan tadahan air di gunung dan bukit-bukau di Pahang.
:Beliau berkata, Kerajaan Negeri memohon Kerajaan Persekutuan RM280 juta setahun sebagai pengorbanan mewartakan kawasan hutan tadahan air, namun Kerajaan Persekutuan belum bersedia menimbangkan permohonan itu.
“Saya akan usulkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan berharap permohonan ini dipertimbangkan dengan baik,” katanya

15 Responses to “Kerajaan BN Pahang bentang bajet defisit 12 tahun berturut-turut”

  1. Matnot said

    Asslammulaikum

  2. THE BOSS said

    salam.

  3. THE BOSS said

    orang pas jug sibuk fasal dr asri juga,jangan nak berangan lah dia nak masuk pas.itulah susah kalau ulama rasa pandai dari orang lain.dr asri ingat dia saja yang pandai ke?.husam mahu letak jawatan mengapa,kickthatfellolah.

  4. Warisan said

    Wa’alaikum salam

    Nak tahu betapa berbelit-belitnya dan tak kenal dirinya orang liPAS ni bacalah yang berikut…..

    MEMORANDUM PAS KEPADA SURUHANJAYA BEBAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, 1948

    1. Bahawa negeri ini ada-lah NEGERI MELAYU dan hak BANGSA MELAYU yang telah di-buktikan oleh sejarah…

    2. … ada-lah tugas Surohan Jaya itu menetapkan bahwa KEDUDUKAN BANGSA MELAYU DI-NEGERI INI IA-LAH MEREKA MEMPUNYAI KEDAULATAN MUTLAK DI-DALAM-NYA.

    3. Sesiapa yang datang ka-negeri ini dapat melihat, bahwa tiada sa-buah negeri pun atau satu bangsa pun yang telah menerimabaik dan memberi layanan penoh kepada orang2 asing lebeh dari pada Negeri Melayu dan Bangsa Melayu.

    4. … Bangsa Melayu merasa tersinggong kerana burok-nya niat pehak yang menuntut kuasa Politics itu dengan tiada sebab…

    5. Bahawa persamaan hak dan kera’yatan Jus Soli yang di-tuntut oleh orang dagang (Cina & India) itu dengan alasan bahwa ia-itu ada-lah hak2 asasi manusia tidak-lah boleh di-jadikan sandaran dalam hal ini dalam negeri ini.

    6. Jadi Persatuan Islam Se-Malaya suka memperingatkan Surohan Jaya ini jangan-lah keliru atau terpedaya dengan riuh rendah yang dibuat2 oleh mereka itu dalam soal ini, kerana bahwa tuntutan2 itu adalah di-kemukakan oleh orang yang tak pun berhak dalam negeri ini…

    7. … asas kera’yatan (orang asing)… (a) sa-saorang dagang itu tinggal di Tanah Melayu … hendak-lah tidak kurang dari pada lima belas tahun… (b) membantah penggunaan kaedah Jus Soli bagi orang2 dagang… (c) … bahwa kebangsaan negeri ini mesti-lah kebangsaan Melayu; kerana kedaulatan negeri ini ada-lah pada bangsa Melayu dan Raja2 Melayu.

    Itu dulu……. sekarang macam mana?????

    Marah lagi ke dengan cina/keling DAPig dan cina/keling PoKeR???

    Fikir-fikir dan timbang-timbang

  5. Izwan said

    Apa perlunya kita berkelahi dgn cina india? Siapa yg membenarkan dan menerima kerakyatan mereka sebelum ini? Bukankah umno? Lihatlah betapa keputusan silap umno dulu boleh merosakkan negara puluhan tahun akan datang selepas itu. Namun PAS sekarang berpijak pada realiti. Buat apa perlu bergaduh dgn cina india yang sudah pun menjadi warganegara kita? Fikir2la

  6. Warisan said

    Saudara Izwan,

    Baguslah kalau dah sedar….. tapi dah terlambat. UMNO dah laksanakan sejak dulu lagi tapi orang PASlah yang lantang menentang.

    Sebelum mengatakan orang lain silap… baca dan kajilah sejarah…. sejarah tak boleh diubah dan ditipu.

  7. Izwan said

    Warisan warisan…

    Pertamanya anda sudah mengakui bahawa umno silap dalam menerima kerakyatan bangsa asing dengan begitu mudah semasa kemerdekaan dulu. Jadi sbg parti yg bertanggungjwab dan ikhlas pas menentang usaha tersebut. Tapi malangnya umno tak mahu dengar.jd slepas Sudah berpuluh2 tahun rakyat bangsa cina india duduk d malaysia. Jadi apa kah faedahnya jika kt masih bermentaliti bahawa mereka rakyat asing. Pas tidak mahu negara bergolak kerana kaum. Jd sekarg pndkatan perlu berbz dari zaman kmrdkaan dulu . Fkrkanla warisan. Jgnla jd warisan yg tidak dihiraukan .

  8. Warisan said

    Wahai Izwan…

    Sah dan memang sdr dan PAS suka berbelit-belit…. dan menyeleweng fakta.

    Untuk sdr faham dengan sedalam-dalamnya…. cuba dapatkan definisi “Rakyat Raja”, “Penduduk”, “Bumiputera”, “Bukan Bumiputera”,

    Bacalah juga Perlembagaan Persekutuan “Fasal 3”, “Fasal 11”, “Fasal 152”, “Fasal 153”, “Fasal 181” secara “quit-proco”

    Kalau nak jelas lagi…. hadirlah kursus BTN.

    Hidup Melayu

  9. Warisan said

    7 April 1981, Kuala Terengganu – Amanat Hj Hadi

    “ Saudara-saudara sekelian percayalah,
    Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’. “

    VS

    19 December 2009, Shah Alam – Amanat Hj Hadi – Hilang Jihad, Hilang Syahid, Semuanya Sama

    “PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu….maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama,”.

  10. […] [4] https://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-… […]

  11. […] telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (https://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-…/) Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun […]

  12. […] [4] https://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-… […]

  13. […] [4] https://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-… […]

  14. […] telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (https://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-…) Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun […]

  15. […] telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (https://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-…) Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: