PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

Maklumat terkini daripada Parti Islam Se Malaysia kawasan parlimen Lipis

  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Beritahairan

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Ketua Penerangan PAS Pusat

    • Untitled 13 May 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
    • Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 4 May 2014
      Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14 Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan. Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak … Teruskan membaca →
    • Untitled 3 May 2014
      Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.Filed under: Politik
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Projek bermasalah di Chegar Perah

Posted by paslipis on 15 July 2009

Pada bulan Jun 2009, bersama Pemuda PAS Lipis, kami berkesempatan melawat Kg. Chegar Perah. Kampung ini berjiran dengan Kg. Aur Gading dan Felda Chegar Perah. Dulunya, penduduk menggunakan keretapi untuk ke bandar Lipis atau ke Padang Tengku. Kini, sudah disediakan jalan kecil berturap samada melalui Bukit Betong atau Kg. Kechau Tui.

Mengikut seorang penduduk yang kami temui, kampung tersebut memerlukan perhatian dari wakil rakyat dan kerajaan. Kes yang kami lawati pada hari itu ialah sebuah rumah ibu tunggal yang dirombak oleh Umno bagi tujuan membina semula secara gotong-royong. Namun, selepas `sesi gotong-royong’ tersiar di akhbar Sinar Harian, pembinaan rumah tersebut terbengkalai. Antara puncanya ialah peruntukan lambat diterima bagi membeli bahan-bahan binaan.

Projek bermasalah yang saya mahu nyatakan di sini ialah kemudahan bekalan air bersih bagi kampung tersebut. Menjelang PRU 12, pihak yang mendapat projek telah menjalankan kerja pemasangan paip air beserta meter di setiap rumah. Mereka menggunakan sumber air yang berpunca dari dalam tanah (ground water) di suatu tapak yang dipilih. Umno/Bn sendiri mempromosikan projek ini dan menjadikan ia bahan kempen sempena pilihan raya tersebut.

Namun, apa yang berlaku, projek ini terbengkalai (selepas siap). Penduduk menghadapi masalah untuk menggunakan air yang dibekalkan tanpa dirawat terlebih dahulu. Menurut penduduk, jika mereka mandi dengan menggunakan air tersebut, badan tidak selesa dan rambut menjadi `keras’. Masalah ini telah dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab, namun belum ada tindakan pembetulan atau penambahbaikan dilakukan. Projek ini difahamkan menelan kos yang tinggi.

Saya telah merujuk kepada seorang ahli kimia, Prof. Md Pauzi Abdullah mengenai perkara ini. Menurut beliau, jika mahu menggunakan telaga atau air bawah tanah, tempat yang hendak digali atau digerudi perlu diselidiki dari segi kualiti air dan komponen logam yang terkandung dalam tanahnya. Katanya, jika di situ terdapat air jenis liat (hard water), pengguna akan mendapati sabun tidak berbuih sewaktu membasuh. Ini kerana, terdapat kandungan kalsium dan magnesium yang terlarut di dalam air tersebut.

Jika di dalam tanahnya mengandungi logam-logam atau mineral seperti besi dan Manganese, pengguna air akan mendapati badan mereka dilitupi oleh selaput yang berpunca dari mendakan seperti karat atau `stain’. Jika air itu digunakan untuk membasuh, kesan kotor ini akan jelas kelihatan pada pakaian.

Projek air yang bermasalah ini perlu diselesaikan. Wang rakyat telah habis digunakan. Apakah pihak yang menawarkan tender tidak membuat kajian kesesuaian tapak dan kualiti air bawah tanah sebelum memulakan projek ? Atau ada misteri lain yang perlu dibongkar ? Wahai YB dan bakal YB, turunlah ke kampung ini untuk mencari jalan penyelesaian.

Advertisements

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Lemas dalam lautan janji

Posted by paslipis on 15 July 2009

Syukur kepada Allah kerana DUN Manek Urai dapat dipertahankan oleh calon PAS dengan majoriti 65 undi. Pelbagai pihak akan membuat ulasan dan kesimpulan terhadap keputusan tersebut. Bagi pemimpin Bn, mereka mendakwa angin perubahan (wind of change) sedang bertiup kencang. Mereka juga mendakwa kepimpinan baru kerajaan dan parti mereka mula mendapat kepercayaan rakyat.

Bagi saya, keputusan tersebut menggambarkan betapa orang Melayu mudah lemas dalam lautan janji. Walaupun sejarah dan rekod mungkir janji Umno-Bn telah didedahkan, mereka masih boleh kelabu mata. Kali ini Bn menjanjikan Manek Urai sebagai anak emas (menerusi pakej kawasan angkat), jambatan besar dan berbagai kemudahan untuk rakyat.

Orang Melayu juga boleh rebah pegangan setelah dipukul oleh badai habuan yang datang mencurah. Bagi penoreh getah, pelbagai insentif dan bantuan dihulurkan sepanjang tempoh berkempen. Hatta, majlis penyerahan habuan itu diadakan dalam sebuah ladang getah, bukan di dewan orang ramai. Penduduk juga boleh beralih angin selepas menerima habuan kebendaan yang lain.

Sepanjang tempoh berkempen juga, Umno-Bn mendodoi pengundi Melayu dengan pelbagai slogan yang menyenangkan. Contohnya, mereka berpantun: Pok amai-amai, belalang kupu-kupu, Undi Bn ramai-ramai, senang anak cucu. Begitu juga mereka mempopularkan slogan `Bn mene, rakyat sene’ (Bn menang, rakyat hidup senang’. Awas,  jangan termakan slogan. Bn bukanlah penentu rezeki anak cucu. Jangan lupa kepada Yang Maha Pemberi Rezeki.

Slogan

Posted in Uncategorized | 4 Comments »

Rakyat dan sisa buangan

Posted by paslipis on 14 July 2009

SampahMelihat gambar timbunan sampah di Sg. Sabai, Kuala Kalumpang, Selangor yang tertera di utusan online, mendorong saya untuk merenung sejenak perihal rakyat dan sisa buangan. Terdapat dua kategori utama bahan buangan. Pertama, sisa domestik yang boleh dilupuskan di tapak pelupusan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Kedua, buangan terjadual yang terdiri daripada sisa merbahaya dan hanya dilupuskan di tapak yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar seperti di Kualiti Alam, Negeri Sembilan.

Islam amat mementingkan kebersihan. Ia diletakkan sebagai sebahagian dari iman. Dalam isu sisa buangan ini, jangan terlalu awal menuding jari kepada pihak lain. Kita, ahli keluarga dan masyarakat boleh memainkan peranan masing-masing. Di jalan raya, kita masih melihat pemandu dan penumpang membuang sampah di atas jalan. Di masjid, selepas menggunakan air masjid secara percuma, kita sering melihat lampin terpakai ditinggalkan di dalam bilik air. Sangat jijik perilaku orang Islam  kini.

Saya pernah berhenti rehat di Pusat Rekreasi Sungai Yu, Kuala Lipis. Begitu juga pernah  mandi bersama keluarga di sungai Empang Jaleh. Tempat itu menjadi kotor kerana sampah dibuang di merata tempat. Kebersihan alam tercemar angkara perbuatan kita sendiri. Jika di sana tiada kemudahan pengutip sampah, buangan tersebut sepatutnya kita kumpulkan dan bawa balik untuk dibuang ke dalam tong yang disediakan (akan dikutip oleh pekerja Alam Flora atau pihak berkuasa tempatan-PBT).

Dengan pertambahan penduduk dan industri, kuantiti sampah kini meningkat dengan mendadak. Semasa saya bertugas di Kawasan Perindustrian Kechau Tui, Lipis, kami menghadapi masalah pelupusan buangan. Bagi buangan domestik, PBT tidak mampu menyediakan tapak pelupusan yang mempunyai sistem kawalan pencemaran kerana kekurangan peruntukan. Sampah hanya dibuang di sebuah lembah di Kechau Mas, yang diluluskan oleh PBT. Buangan terjadual yang tidak boleh dikitar semula, terpaksa dihantar ke Kualiti Alam, Negeri Sembilan dengan kos pelupusan yang mahal. Bos agak liat untuk meluluskan penghantaran atas faktor kewangan syarikat.

Kempen kitar semula telah lama dilakukan. Namun, kita masih belum serius mengamalkannya. Terdapat juga buangan yang boleh digunakan semula. Manfaatkan buangan tersebut dan bukan sekadar membuang sebagai sampah. Di negara maju, terdapat galakan membawa bakul atau bekas barangan dari rumah semasa ke pasaraya, bagi mengurangkan penggunaan plastik.

Di atas semangat kebersihan adalah sebahagian dari iman dan mematuhi firman Allah supaya tidak melakukan kerosakan di muka bumi, marilah kita berusaha menjadikan alam sekitar kita sentiasa bersih, segar dan kondusif. Usah jadikan bumi ini tercemar dan tidak mampu lagi dihuni oleh hidupan seperti di planet-planet lain.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Bulan terang di Tempoyang

Posted by paslipis on 12 July 2009

Kuliah aqidah di Markaz Tempoyang pada malam tadi mendapat sambutan yang membanggakan. Tuan guru, Ustaz Junaidi turut bersemangat menyampaikan kupasan kitab `Muqaddimah Aqidah Muslimin’. Ia merupakan program bulanan, pada minggu ke 2, setiap hari Sabtu, bermula dengan solat Maghrib berjemaah.

Tajuk perbincangan semalam adalah berdasarkan bab `Perkara-Perkara Yang Membatalkan Dua Kalimah Syahadah’, sebab ke 2 iaitu tidak mengakui nikmat zahir dan batin adalah kurniaan Allah SWT. Menurut Ustaz Junaidi, antara contoh nikmat zahir itu ialah diberi peluang untuk hidup dan panjang umur. Manakala contoh nikmat batin ialah kurniaan akal dan nikmat Iman.

Beliau turut mengupas fenomena hari ini termasuk dalam berkempen di PRK Manek Urai, di mana manusia mempromosikan sumbangan dari kerajaan dan sesama manusia. Hakikatnya, ia adalah nikmat pemberian Allah. Jasa dan nikmat Tuhan adalah tidak terhitung, namun manusia mudah lupa.

Beliau turut mengupas firman Allah dalam surah al-Qasas, ayat 76-78 mengenai kisah Qarun. Qarun mendakwa kekayaan miliknya adalah hasil ilmu yang ada padanya. Sehingga ada di kalangan pengikut Nabi Musa merasa ingin kaya seperti Qarun. Lantas, Allah tunjukkan bagaimana Qarun ditelan oleh bumi di depan mata mereka.

Mengikut tafsir, pada hari kejadian, Qarun telah mencabar Nabi Musa untuk membuktikan siapakah yang benar. Masing-masing telah berdoa kepada Tuhan. Doa Qarun tidak diterima, manakala doa Nabi Musa telah makbul dan tubuh Qarun mula ditelan oleh bumi sedikit demi sedikit sehingga lenyap bersama harta-hartanya.

Mengenai peristiwa ini, Ustaz Junaidi menjelaskan bahawa tak usah kita hairan jika pihak lawan pun membaca Yaasin dan berdoa kepada Allah termasuk di PRK Manek Urai. Qarun pun berdoa. Kebenaran Islam adalah berdasarkan kepada hujah dan bukan faktor-faktor harta, jawatan dan kekuasaan.

Tempoyang

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Tawaran bonus ibadah

Posted by paslipis on 8 July 2009

Alhamdulilllah, kita kini berada pada rangkaian Rejab-Syaaban-Ramadhan. Bulan-bulan yang Rasulullah SAW menggandakan amal ibadah dan meningkatkan pengabdian kepada Allah. Semasa solat Zohor di Surau Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) di Bangi semalan, seorang ustaz yang menyampaikan kuliah Zohor turut mengingatkan perkara yang sama. Usahakan berpuasa sunat, lebih-lebih lagi dapat temankan isteri tersayang jika dia masih belum selesai mengqada’ puasa wajib yang lepas. Banyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Mulakan sekarang tanpa menunggu saat kemuncak bonus ibadah di bulan Ramadhan nanti.

PAS Kawasan Lipis pada tahun ini bercadang meneruskan program-program kebajikan dan penghayatan ibadah di sepanjang Ramadhan 1430. Antara yang sedang dirancang ialah menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, tahlil Ramadhan, moreh, tazkirah dan lain-lain program berbentuk Ihya’ Ramadhan. Dengan itu, kami menyeru kepada anda yang ingin menghulurkan infak atau menaja tahlil atau moreh, supaya menghubungi kepimpinan PAS Lipis mulai sekarang. Kami juga menghargai pemberian makluman mengenai golongan yang layak diberikan bantuan yang berada di tempat tinggal anda atau di seluruh pelusuk Parlimen Lipis.

Walaupun dalam Ceramah PRK di Manek Urai, Umno terus mengelirukan rakyat bahawa PAS berterusan `minta duit’ dari orang ramai, tentunya kita telah sedia faham. Derma atau infak adalah antara galakan ajaran agama kita. Duit yang ada di tangan kita, hanyalah amanah. Tetapi duit yang kita dermakan terutama sedekah jariah membolehkan kita mendapat pahala yang berterusan. Semoga dengan sedikit pahala tersebut boleh menjadi visa untuk memasuki syurga Allah, yang nikmatnya tidak pernah dipandang mata, didengar telinga atau difikirkan oleh lamunan kita semua. Moh ! Kita berinfak bersama jamaah Islam … Takbir

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Di sebalik runtuhan tebing Sg. Kerpan, Lipis

Posted by paslipis on 2 July 2009

Runtuhan cerun jalan, yang juga tebing Sg. Kerpan, Lipis telah lama berlaku. Ia bermula selepas kerja-kerja menggantikan paip air lama setahun yang lalu. Diikuti dengan kedatangan musim tengkujuh pada tahun 2008, yang membawa kepada kejadian tanah runtuh yang teruk.

Di sebalik runtuhan tebing tersebut, terdapat satu keruntuhan yang lebih besar. Ia melibatkan keruntuhan nilai dan tamadun kemanusiaan. Akhbar harian pada minggu ini melaporkan bahawa seorang pelajar dirogol oleh bapa tirinya dalam semak di Sg. Kerpan, Lipis. Bapa haruan itu dalam perjalanan untuk menghantar pelajar tersebut ke asrama. Namun, nafsu kebinatangan telah menodai kesucian seorang gadis pada siang hari (waktu petang).

Sumbang mahram kian meningkat. Jenayah seksual masih berterusan. Perkara ini amat membimbangkan. Namun, sekadar menjadi pemerhati dan pengkritik tidak memadai. Setiap individu dalam masyarakat perlu memainkan peranan. Fenomena jenayah ini adalah suatu petanda gersangnya nilai iman. Hidup bertunjangkan nafsu dan keseronokan.

Gerakan Islam seperti PAS perlu tampil memimpin perubahan. Usahlah menunggu sehingga rakyat berikan mandat memerintah untuk memulakan tindakan. Masyarakat perlu dibimbing ke jalan yang lurus. Dalam politik, PAS telah menuntut sebuah pemerintahan yang adil. PAS turut menentang PPSMI demi kelangsungan pendidikan anak bangsa. Parti juga menuntut pemansuhan akta-akta zalim seperti ISA. Menerusi Amal Malaysia, misi kemanusiaan dihulurkan.

Namun, program-program dakwah umum dan pemantapan institusi kekeluargaan belum begitu menonjol.  Inilah cabaran kepada PAS dan semua ahlinya untuk membuktikan bahawa tugas amal makruf dan nahi mungkar adalah diutamakan. Tugas kita adalah melakukan kerja agama. Allah SWT yang akan memberikan hidayah kepada hamba-hambanya.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Antara itik dan telor – mana nak diutamakan ?

Posted by paslipis on 1 July 2009

Semasa belajar di sekolah Arab dulu, saya berkesempatan belajar ilmu mantik (ilmu logik). Jika berhujah dengan ilmu ini, lawan boleh terpukul (akan kelu seribu bahasa). Penggunaan kiasan dan perumpamaan pula, membolehkan pendakwah menegur tanpa melukakan hati mad’ul (dakwah dengan hikmah). Maklumlah kita berhadapan dengan pelbagai lapisan dan latar belakang rakyat.

Pernah dalam satu ceramah, Tok Guru ditanya oleh seorang peserta. Kenapa Islam tak benarkan makan daging penyu, sedangkan telornya boleh dimakan ? Tok Guru menjawab secara perbandingan dan ia merupakan jawapan yang boleh diterima akal. Kata Tok Guru, kita susui ibu sewaktu kecil tapi haram kita memakan daging manusia.

Semasa saya cadangkan program dalaman (seminar dan kursus) untuk ahli parti, ada juga di kalangan sahabat lama yang menolaknya. Hujahnya, dah banyak program sebegini dianjurkan tapi hasil tak seberapa. Habiskan duit je !. Tumpukan sahaja program luaran (turun terus ke medan).

Dalam hal ini, saya suka merujuk kisah itik dan telor. Ramai penternak utamakan telor. Mereka mahukan telor yang banyak dan berterusan. Kalau boleh, itik-itik mereka asyik bertelor sahaja. Satu aspek yang kurang diberikan tumpuan ialah keperluan itik tersebut supaya ia mampu bertelor lebih. Ia perlu diberikan makanan yang berzat. Tahap kebersihan air perlu dijaga. Jika sakit, perlu diubati.

Begitulah kita sebagai petugas parti. Untuk pastikan tugas dapat disempurnakan dengan berkesan, ilmu dan kemahiran perlu diberikan secara berterusan. Maka, program dalaman adalah satu bentuk pelaburan. Untuk itu, kami menjemput para sahabat untuk hadir ke seminar penerangan PAS Lipis  bersama YB Dr Dzul dan Timbalan Presiden ANAK pada 18 Julai 2009 di Dewan Pejabat Bandar Baru Lipis. Juga, jangan lupa Munaqasah Ucapan Dasar di KIAS anjuran BPPNP pada 25 Julai 2009. Jumpa di sana…

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

3 pimpinan Umno tumbang di tepi jalan

Posted by paslipis on 25 June 2009

Kontijen PAS Pahang Barat (Raub-Cameron Highlands-Lipis) telah digantikan dengan gelombang baru di Manek Urai. Kami kembali semula ke Pahang untuk meneruskan tugas-tugas jemaah di kawasan masing-masing. Dalam perjalanan pulang, kami nampak beberapa papan kempen `gergasi’ Umno tersungkur di tepi jalan. Alahai… kesiannya. Padanya tertera gambar Tok Jib-TS Muhyiddin-Tok Pa. Papan besar tersebut baru 2 hari dipasang oleh petugas Bn. Berderetan di sepanjang jalan besar dari Laloh ke Kuala Krai. Ada di kiri-kanan dan juga di simpang jalan.  “Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan” – begitulah bunyi slogan yang tertera.  Semacam tak di restu oleh bumi. Ia tumbang selepas hujan.

Sebelum ini Umno-Bn menyifatkan bahawa PRK sebagai membazir. Namun, yang jelas di Manek Urai, mereka yang menabur banyak duit untuk memikat hati pengundi. Jumlah bendera mereka banyak. Saiz banner dan billboard adalah besar dan berwarna warni. Kontraktor dan anak-anak muda mendapat habuan `upah’ memasang bahan-bahan kempen tersebut. 

Slogan 1 Malaysia dibuang begitu saja oleh penceramah Umno ketika berkempen kepada orang-orang kampung. Mereka masih mengamalkan politik lama yang berteraskan ugutan. Seorang penceramah wanita dari Perhubungan Umno (memperkenalkan diri sebagai Cikgu Norhayati Yaakob) berkata hanya Umno yang boleh selamatkan Melayu. Lantas dia menakutkan orang kampung bahawa `orang kito’ disembelih oleh kaum lain di Malaysia Barat. Apakah ini bukan suatu hasutan ? Harap SB dapat hantar laporan untuk tindakan selanjutnya.

Dalam ceramahnya juga, Cikgu Yati (mendakwa bekas ahli PAS) meminta supaya Tok Guru Nik Aziz tumpukan kepada mengajar agama, bukan sibuk berpolitik. Beri jawatan MB kepada orang lain. Oleh kerana Tok Guru `tinggal’ tugas mengajar agama, maka banyak berlaku jenayah di Kelantan. Nampak sangat orang Umno masih memisahkan politik dan agama. Kepada Cikgu Yati, awak sendiri pun tak usahlah sibuk ceramah politik. Awak tu cikgu. Buka kelas tambahan kepada murid-murid. Kalau nak jumpa juga dengan orang kampung, buka je kelas dewasa. Baru bertepatan dengan `nasihat’ awak kepada Tok Guru Nik Aziz.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Tarbiah siasah di medan Manek Urai

Posted by paslipis on 23 June 2009

Syukur kepada Allah yang masih menghidupkan kita semua. Kini, sudah 5 hari kami diberikan kesempatan bertugas di Manek Urai. Berguru secara langsung dengan orang-orang Kelantan yang diakui bijak mengendalikan kerja-kerja pilihan raya. Saya begitu kagum dengan Penghulu yang mengenali setiap isi rumah di kampung-kampung di bawah jagaannya. Peta lokaliti adalah lengkap. Culaan dibuat dengan dengan menyeluruh. Kerja-kerja kempen lebih berfokus kepada sasaran.

Bergaul dengan YB-YB Kerajaan Kelantan juga meninggalkan banyak kesan. Tok Guru berjaya melahirkan pimpinan yang bukan sahaja mesra rakyat tetapi rapat dengan Allah. Setiap kali ke masjid untuk qiamullail, saya dapati bahawa YB adalah antara orang yang sedang bermunajat. Mereka menunjukkan contoh. Mereka boleh menyampaikan kuliah dan menjadi imam sembahyang walaupun bukan seorang lulusan agama. Bacaan al-Quran juga bagus dari segi tajwidnya. Kuliah-kuliah Maghrib dan Subuh yang disampaikan termasuk dari kalangan pimpinan PAS Pahang begitu menyentuh jiwa. Kami kini semacam berada di sebuah madrasah tarbiah siasah.

Gerak kerja awal bertemu dengan para pengundi diteruskan oleh PR dan Bn. Seperti biasa Bn menawarkan janji pembangunan. Mereka tawarkan jambatan walaupun jambatan Sultan Yahya Petra ke 2 yang dijanjikan semasa PRK Pengkalan Pasir belum ditunaikan. Hanya `signboard’ usang yang kelihatan di Kota Bharu. Mereka juga membawa slogan `pade doh 18 tahun’ PAS memerintah Kelantan. Bagi Speaker Kelantan, YB Nasaruddin, 18 tahun jika dibandingkan dengan manusia, merupakan umur yang sangat muda. Berbanding dengan Bn yang sudah memerintah selama 52 tahun di Pusat – sudah terlalu lama. Umno juga menampal risalah di sana sini berhubung dengan kerjasama dengan orang kafir. Mereka mendakwa pimpinan PAS berbohong. Dulu kata tak boleh, kini boleh. Begitulah Umno yang suka membangkitkan `fitnah yang sedang tidur’. Mereka perlu belajar agama tentang siasah syariyyah dan tahaluf  siasi sebelum cuba menjadi `pejuang agama’.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sentuhan mesra di Manek Urai

Posted by paslipis on 21 June 2009

Kami kini berada di Manek Urai. Hadir sebagai petugas kempen sebagaimana yang diarahkan oleh pimpinan parti. Dalam perjalanan, saya menceritakan perihal seorang timbalan menteri kabinet Bn yang datang menoreh getah di Manek Urai untuk menunjukkan bahawa Umno mesra rakyat. Jawab seorang aktivis, apa perlu seorang Pak Menteri turun menoreh. Tugas mereka yang lebih aula pada waktu ini ialah membantu rakyat dengan menurunkan harga barang. Bukan turun berlakon.

Kami sampai di Manek Urai dengan disambut oleh petugas lain yang lebih awal tiba. Perang bendera sudah bermula. Apa yang menarik dalam kempen PRK kali ini ialah kedua-dua belah pihak ingin bermesra dengan pengundi. Seorang aktivis setempat mengingatkan kami supaya tidak lagi `memerah limau’ ke atas orang-orang Umno. Mereka telah cukup pedih. Yang mereka perlukan sekarang ialah sentuhan untuk mendekatkan mereka kepada perjuangan Islam.

Usah lagi menggunakan sumpah seranah dan kata nista. Jangan gunakan strategi kekerasan dan pertembungan. Mereka adalah sasaran dakwah yang perlu didekati, bukan dijauhi. Pengundi lebih senang dengan jalinan ukhuwah yang hangat dan matang. Mereka akan membuat pilihan yang bijak pada hari pembuangan undi tanpa ugutan dan tekanan.

Kami sebagai petugas awal diarahkan menyediakan keperluan-keperluan yang bakal digunakan oleh para petugas yang akan datang kemudian. Kami bergotong royong di markas, menyediakan penunjuk arah dan mengenal pasti rumah-rumah penduduk setempat. Di masjid, program-program disusun supaya ia hidup. Kuliah Maghrib, qiamullail dan tazkirah Subuh dijalankan di kalangan petugas yang kian bertambah.

Di kalangan muslimat, mereka mengadakan ziarah, munajat dan bacaan Yaasin. Selepas majlis, mereka berpelukan dengan penuh semangat kekeluargaan. Ada di kalangan penduduk yang begitu tersentuh dengan belaian tersebut dan menitiskan air mata. Semoga para pengundi lembut hati untuk memilih calon PAS. Kami para petugas akan pastikan mereka akan `menoreh’ Umno dengan luka yang parah.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »